Air milo di atas meja
aku ambil lalu aku meminumnya perlahan. Suasana kantin yang membingitkan
telinga tidak ku hiraukan. Aku termenung jauh memikirkan kerja sekolah yang
begitu banyak. “Kau fikir apa tu?” Balqish melambai-lambaikan tangannya di
hadapanku.
“Erm? Kerja sekolah kita la. Kan banyak! Kau ni tak risau
ke?” Aku meletakkan gelas kosong itu kembali ke atas meja.
“Buatlah masa cikgu tak ada dalam kelas nanti. Lepas ni,
waktu Bahasa Melayu kan Cikgu Riza tak datang? Buatlah. Jangan sembang!”
“Oh, ya tak ya juga.” Selepas habis makan, aku dan
Balqish berjalan menuju ke kelas. “Hani!” panggil Najwa yang duduk di pondok
Kasih Murni. Aku hanya tersenyum padanya. Aku tidak mahu menyertai Najwa. Najwa
bersama dengan Sarah, Farzana dan Shahira . Pasti aku dipinggirkan jika bersama
mereka.
“Kan Najwa panggil kau tu? Kenapa kau tak join dia?” Balqish kehairanan melihat
reaksiku. Aku menggeleng perlahan. Cermin mata yang melorot di hidung aku
perbetulkan. Entah kenapa mood aku hari ini kurang baik.
“Weh, kau tau tak apa yang aku nampak?” Balqish kelihatan
teruja. Aku memandangnya.
“Kau
nampak aku?” Balqish menamparku sambil menudingkan jarinya. “Itu! Aniqlah.”
Bibirku membentuk ‘O’ tanda faham lalu tersenyum.
“Aku
lupa pulak yang kawan aku ni peminat Aniq. Kenapa kau suka dia?” Hairan aku
dibuatnya. Aku yang jiran sebelah rumah Aniq pun tak dapat tahu apa
keistimewaan Aniq.
“Kau ni. Apa lagi! Mestilah dia tu kacak.”
“Kacak?
Dekat mana? Dekat lubang hidung dia eh?” Aku ketawa besar dengan jenaka ku
sendiri. Balqish menampar aku sepuas hatinya sambil mencebik. Aku mengangkat
tangan tanda menyerah.
“Jangan
nak kutuk Aniq lagi.” Balqish memberi amaran kepadaku. “Ya! Aku tak kutuk dah
untuk hari ni.” Aku ketawa lagi sambil melarikan diri daripada Balqish. Aku
menoleh ke belakang melihat Balqish yang sedang geram seperti hendak menerkam
aku saja. Aku memandang ke hadapan kembali.
Ya
Allah, terkejutnya aku. Aniq berada betul-betul di hadapan aku dengan ekspresi
wajah yang terkejut. Aku mengangkat tangan seraya berkata, “Sorry, bro.” Aku terus melangkah pergi
dengan pantas. Aku terkejut betul tadi. Dia pula boleh buat muka selamba. Ish,
memalukan aku je. Balqish segera mendapatkan aku lantas berkata,
“Amboi!
Aku nampak love scene. Boleh masuk
dalam pembikinan novel aku ni. Kau nak tahu tak?” Balqish menggoyang-goyangkan
pen birunya.
“Apa?”
Aku pura-pura mencari sesuatu di dalam fail untuk menghilangkan rasa malu. Aku mencapai
kertas latihan Sejarah lalu membacanya. “Aku rasa kau sesuailah dengan si Aniq
tu. Macam ada kimia ja. Cara Aniq pandang kau macam.. Menikmati betul keindahan
wajahmu.”
Botol
airku hinggap di bahu Balqish. “Banyaklah kau punya kimia! Dia nak nikamti apa
kat muka aku ni hah? Jerawat?” Aku menunjukkan satu jerawat di dagu. Aku
menyilangkan tangan lalu berkata, “Tahulah kat muka aku ni subur, jerawat pun
suka. Itulah yang dia tengok eh?”
“Kau
ni fikir negatif. Dia tengok wajah muka kawan aku yang cantik nilah.”
“Cantik
kau kata? Tipu. Tak pernah puji aku ni. Ada apa? Eh, tak mainlah cinta zaman sekolah. Semua budak metah je. Bercinta selepas nikah baru masyuk.”
“Aku
beritahu apa yang aku nampak.”
“Sudahlah.
Kau membantutkan hajat aku nak buat kerja sekolah. Jangan kacau aku dah. Shuh!
Pergi, pergi.” Aku menolak Balqish perlahan.
“Kemana
lagilah yang aku boleh pergi dah kalau sini tempat aku.” Balqish mula membuat
ayat sedih membuatkan aku lagi bertambah meluat. Aku menjelingnya tajam.
“Qish,
kau duduk tempat aku. Biar aku duduk tepi Hani.” Qayyum menoleh dengan wajah
yang ceria lalu memandang Balqish. “Eh, tak perlu. Aku sayang Qish aku. Kau
jangan nak curi dia.” Aku memeluk Balqish.
“Alaa,
tempat Qish dekat dengan kipas. Aku panaslah.” Qayyum mengibas-ngibas mukanya.
Aku memandang Qayyum sambil menggerakkan jari telunjukku.
“Tak
boleh. Suruh aja Syafeeq kipas kau dengan kipas ni.” Aku menghulurkan buku
latihan. “Setakat buku latihan, aku pun ada.” Syafeeq mengangkat bukunya. Aku
dan Balqish tertawa gembira.
Nice!crita yg sntai but,ada pngajaran~
ReplyDelete