Wednesday 27 March 2013

Melukis ~

Assalamualaikum :))

Tengah hari yang tenang .. Terbau masakan mak cikku di dapur . Acehh . Aku teringin sangat nak belajar melukis ! Aku dah pandai sikit-sikti melukis kartun ala-ala anime . Tapi , memang banyak sangat-2 kelemahan . Antaranya ..
-badan kaku
-tak reti nak lukis tangan
-tak reti nak pelbagaikan reaksi muka
-tak reti nak buat gaya badan (kalo lukis jer mesti kartun tu berdiri tegak . Lepas tu dok bangga rasa macam lukis cantik habiss.)
-tak reti nak lukis baju berfesyen (kesian lukiasan aku . asyik-2 pakai t-shirt jaa .)
-tak reti nak lukis kaki , kasut (kalau lukis kaki mesti kaki ke kiri sebelah , ke kanan sebelah)
- kalau lukis pun , kat bahagian muka jerlah yang paling cantik. tu pun kawan-kawan dok puji melangit)

Lepas tu , hari ni ada impian nak melukis potret pulak dahh ! Bajet macam teror sangat ! Hermm .. Apa pendapat korg ? Ada tips untuk aku x ? Okey . Assalam ~

Monday 25 March 2013

Nickname yang pelbagai

Assalamualaikum ! Annyeong Haseyo , jeonun Syarifah inmida !!

Today .. No .. Tonight .. Aceihh . Starting BI gituh . Malam ni nak buat tajuk bebas ajerlah. Nanti ada masa aku nak tulis pasal my first love . Tapi , memang time darjah lima dia buat aku heartbreak la ! Tapi ann .. Banyak betul tapinya ... Aku tak nangis punn . Leks arr darjah lima ja punn . Cinta baby monkey katakan. Weh , nak cerita fasal apa ni ? Asyik-asyik aku tulis pasal love story aku ja *yangtakberapanaklovesangatla! Nak juga tulis pasal kawan-kawan .. Korang suka aku tulis pasal apa ? Kak Rabi'atul nak cerita pasal apa ? azzelo hang nak cita apa ? Kenapa nama mereka dimention ? Sebab diorang selalu komen kat blog aku . Terharuu ! Kak Rabi'atul kiter nak panggil akak apa ? Akak ke ? Atau Rabi'atul? Atau raby ? Kiter tak tahu .

Hermm .. Okey , idea dah ada . Aku tulis pasal nickname kawan-kawan aku yang unik k.

Nur Nishrin : Nicin , Hamster , Marshamelo  (Marshmelo sebab pipi dia lembut sangat ! Hamster sebab dia tembam dan comel macam hamster.

Ammar : Cekodok (yang ni satu kelas panggil dia . Sebab muka dia bulat dan dia gelap sikit. Selalu buat lawak dalam kelas.

Adreanna : Dek Na , Adrean , Adenna , (Adrean dan adenna tu aku yang bagi . Kadang-kadang aku panggil dia putera adrean.

Kholimi Choo (mr limited edition) : Mi Choo , Choo , Lee Chong Wei (Chong Wei tu sebab dia pandai main badminton dan dia muslim yang ada kacukan cina.)

Khairina Dayini : Dai , Dynamo , (Simple kan nama dai tu ? Bila tengok iklan dynamo terus teringat dia.)

Irfan : Ipan , Doraemon , Camel ( Doraemon tu sebab dia chubby yang cute ! Camel tu sebab ayah dia nama  Kamal . Kesian kan ? )

Nazief : Banjo , Itik Moscovy ( Banjo sebab kepala dia tu renjong sikit . Tapi dia hensemlaa . Dia la yang di antara hensem dalam kelas . Itik Moscovy pula sebab dia selalu sebut nama itik tu lepas kami belajar pasal itik tu)

Emilyana : Emi , Emilandak (Emilandak tu dayini yang bagi. Entah mengapa.)

Azzahra : Azzelo , Zelo (Minat gila dia kat Zelo B.A.P)

Muazzim : Antenna (Telinga dia capang . Cikgu Maths selalu kata dia tu macam CCTV yang ada antenna.)

Warhh . Banyak betul kawan aku nak cita ni. Dah pukul 12 19 malam pun. Perasan tak ramai kawan aku yang nickname diorang nama makanan? Haha. Okey , Assalamualaikum .


Friday 22 March 2013

Baju apa nak pakai ni ?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari Sabtu. Esok kenduri sepupu aku. Aku panggil di KAK JAJA. Tema kaler biru. My feveret ! Tapi, baju kurung biru aku polkadot tu dah terkoyak! Cemana ni? Bila nak beli hari , macam dah sibuk sangat. Yalah , sedara dari Johor tidur rumah aku. Aku dah angan-angan nak beli baju kurung moden. Ya lah , dalam koleksi baju kurung (macam la banyak sangat) aku tak de satu pun baju kurung moden! Aku teringin sangat nak pakai baju km.(kurung moden.) Last-2 aku dapat idea , kalau dah payah sangat nak beli , aku pakai jubah hitam yang mak aku beli kat Mekah tahun lepas. Okey la kan? Mula-2 aku macam sedih pun ada sebab hajat nak beli baju km x t'capai. Tapi , mungkin bukan jodoh aku dengan baju km. Heheh. Okey ark , kalau jubah hitam + selendang/tudung bawal + sneakers ? Hahah . Aku tak main la high heels. Tak reti eden nak pakai !

Tahun lepas punya high heels yang tak berapa nak high kan , dah tercabut . Baru dua hari raya pakai dah tercabut. Mesti orang yang buat ni buat cpt-2 sebab nak raya. Eh , mak ayah aku ajak p Kedai Peace nak beli baju ! Nak ke dak ? Jom kita ushar baju kat butik jom!

Friday 15 March 2013

FRIENDSHIPS :)

ASSALAMUALAIKUM :)

Malam ni aku nak ceritakan tentang persahabatan. Bila aku pergi sekolah menengah aku rasa nak cepat balik dan malas nak pergi sekolah. Aku fikir juga kenapa ? Sekolah rendah aku jadi tak sabar-2 nak pergi sekolah. Bila cuti sekolah , kdg-2 x sabar sekolah nak mula. Bila sekolah menengah rasa macam selamanya nak cuti. Dan .. aku rasa aku dah dapat jawapan. Salah satu sebabnya ialah kawan.



Time ni semua nampak blur sangat sebab rasanya gambar ni time awal tahun.
Aku sayang depa sangat :) Nama budak ni kat gambar ni ialah .. Syarifah (aku) , Anis , datin (aisyah) , ecah (aisyah), aten , hani , athirah , dini , Izzah , Ikan sardin (okey tak baik kata kat orang. nama sebenar : faris) adlan , yazid , afifah , najwa, mirna, nazief , irfan , aidi , syahmi , afif , emi , cekodok (ammar) , kholimi (mr sepet) wan h dan wan a , amir , alya , dek na , nicin , shiro , azzahra , nadia , dayah . Wah ramainya aku nak tuleh . Tak larat nak ngingatnya.

Kami budak perempuan dengan koreanya . Pada awal tahun , peminat kpop hanya terdri drpd beberapa orang saja. Boleh dikatakan 1% maybe . Oh , aku sangat tak tahu cemna nak buat anggaran. Apasal ayat skema sangat nih ? Haha. Akhir tahun , ermm... daripada semua budak perempuan maybe enam tujuh orang jer yang tak minat. Yang lain ... Dah terpengaruh ! Dengan ketua pengawas sekali kami angkut masuk geng. Well , nanti tak angkut sekali dia pi report kat cikgu pulak. Habis la , sikit sikit Donghae , sat-2 kyuhyun sat-2 myungsoo , nanti pulak Soohyun . Apa apa jer la kpop semua budak perempuan 6A punya hal .

Yang budak lelaki pula .. Bola tak habis-2. Ni cerita lepas UPSR , Belakang kelas dibuatnya padang. Sorang jadi keeper sorang jadi penendang bola . Sat-sat terjatuh belah kiri . Sat slide ke bawah . Macam-macam la. Yang pasti mesti ada gaya punya. Yang tukang tendang tu pulak tendang punya la kuat. Tapi pakai kertas yang digumpal dan disalotapekan. Sejak bila cikgu bm ajaq ada disalotapekan ni ? Kadang-kadang tu nampak bergaya betul budak laki kelas aku ni. Kawan aku kata , budak laki kelas kami ni special . Sebab depa tak macam budak lelaki kelas lain yang couple-2 . Depa tak gatai . Cuma bersembang dengan budak perempuan tu normallah time sekolah rendah kan ?

Ada moments yang aku ingat ialah .. Dompet Shiro (Syaheerah) terkeluar dari tingkap dan tersangkut dekat bumbung. Kebetulan salah satu cermin tingkap kelas kami tak dak so , ada la ruang untuk kami keluar dari tingkap. For information , kelas kami tingkat tiga ~! Time tu yang aku ingat ada Shiro , aku , hani , afif. Time tu dah habis waktu PNP. Sat pakai penyapu , sat pakai penyodok , sat pakai mop la . Tak berjaya-jaya. Kawan aku Athirah yang tinggi try keluar dari tingkap . Tapi tak berjaya sebab tak sampai. Try pulak afif . Pun tak berjaya sebab kena keluar sikit lagi baru dapat. Last Kholimi , (my hero!) hahaha. Hero la sangat. Dia beranikan diri sikit , keluar sikit lagi . Kaki dah atas bumbung sekolah. Kawan aku yang ada kat tingkat paling bawah sekali pun duk tengok dari bawah. Kami yang budak pompuan ni pun dah terjerit jerit.

"Wei , Kholimi bahaya la!"
"Baik-baik kholimi."
Berjaya! 

Alhamdulillah :)

Banya cerita lagi ni . Tapi jari aku dah penat bersenam atas keyboard . Nanti ada sambungan okey :)



Saturday 9 March 2013

Masalah ..

Assalamualaikum.

Saya promote blog dalam KELAB BLOGGER dlm facebook. Dapat banyak respon. So , saya nak la follow diorang balik. Tapi tak boleh ! Bila saya klik follow button , jadi macam ni ...


Dia kata ada masalah dengan ID kot . Entah la saya pun tak faham . Anybody can help me ? Kalau korang tolong saya follow korang . :)

Friday 8 March 2013

Drama Korea Best (yang aku pernah tengok)


ASSLAMUALAIKUM . (pembuka bicara)

Selamat Tengah hari Bloggers. Dah makan? Kalau belum bolehlah makan sambil baca entri ni . Eh , kawan korang tak pernah cerita ke pasal drama korea? Drama korea ni best ! Dan .. Mesti ada yang memang peminat drama korea tengah baca entri ni. Ada takk ? Kalau ada leh arr komen :) Setakat semua drama yang aku pernah tengok, semua best ! Cuma yang kureng tu sebab sedih :') Tapi sedih2 pun best larr ! Nak tau tak drama apa ? Check it outt !












Boys Over Flowers

Mengisahkan Geum Jandi anak kepada pemilik kedai dobi dan  tiba-tiba  dia menjadi  pelajar sekolah elit a.k.a sekolah orang kaya. Kumpulan F4 (empat lelaki kat gambar) merupakan kumpulan yang popular. Goo Junpyo , (curly hair kat gambar a.k.a no 2 dari kiri a.k.a paling hensem kat situ) merupakan pewaris syarikat SHINHWA . Ada , supermarket , high school , college semua shinhwa punya. Goo Junpyo merupakan ketua F4. Mereka semua belajar di SHINHWA COLLEGE.  Semua pelajar menghormati F4 kecuali Jandi . Sikap Jandi yang tidak menghormati group itu menarik perhatian Junpyo. Tengok yaa . Serius best !



    

He's Beautiful / You're Beautiful

Seorang lelaki ingin menjadikan Go Mi Nam sebagai ahli baru kumpulan A.N. Jell . Tetapi Go Mi Nam berada di luar negara. Oleh itu , Go Mi Nyuh (heroin) telah diminta untuk mengganti abangnya. Pada mulanya dia ingin menolak tetapi manager Ma memberitahu yang dia boleh mencari ibunya yang hilang dengan menjadi popular. Hwang Taekyung , (hero) tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam (go mi nyuh) . Tambah lagi setelah dia mengetahui Go Mi Nam itu perempuan , dia ingin bocorkan rahsia. Tetapi ada insiden yang membuatkan hasratnya terhalang dan Dia melindungi Go Mi Nam drpd d'ketahui org ramai rahsianya.




TO THE BEAUTIFUL YOU




Mengisahkan Goo Jae Hee yang tinggal di negara Barat dan amat mengagumi Kang Tae Joon atlit lompat Tinggi Korea. Tetapi , sesuatu telah membuatkan Kang Tae Joon tidak boleh melompat lagi. Goo Jae Hee mengambil keputusan untuk memotong rambutnya dan mendaftarkan diri ke sekolah Kang Tae Joon iaitu sekolah lelaki. Dia berlakon menjadi lelaki dan telah mendapat sebilik dengan Tae Joon.Tae Joon tidak senang akan kehadiran Jae Hee malah menghalau Jae Hee dari biliknya kerana dia tidak suka berkongsi bilik .

Dear bloggers , cerita ni memang terbaik . First time aku jumpa watak jahat perempuan yang tak jahat sangat. Tak kejam mana . Tapi agak menyakitkan hati . Serius best !! Tengoklah cara Jae Hee nak berkawan dengan Tae Joon. Oh , ya cerita ni adaptasi drama Jepun , Hana Kimi. Ada org kata Hana Kimi best lagi . Sebab lawak . Tapi , drama korea artis dia lagi handsome la.

Love Rain





Mengisahkan Jung Ha Na yang bertemu dengan Seo Joon di Jepun. Sejak itu mereka sering bertemu dan bergaduh. Pada mulanya , Joon sangat tidak menyukai Ha Na. Begitu juga Ha Na. Mereka pernah bilik bersebelahan yang hanya berdindingkan rak buku. Joon sering mengintip Ha Na. Joon meluahkan rasa sukanya pada Ha Na. Ha Na juga menyukai Joon tetapi dan mereka menjadi sepasang kekasih , tak lama selepas itu , setelah mengetahui yang ibu Ha Na merupakan cinta pertama ayahnya dan penyebab penceraian ayahnya dan ibunya Joon meninggalkan Ha Na. Ha Na sangat sedih dan setia menunggu Joon. 

Ni best jugak tapi geram la dgn Joon tu. EGO !

Nak tengok kat mana ? Tengok dekat ..sini Ada lagi drama yang best , tapi tak sempat nak tulis banyak. Okey .. Nanti saya sambung yaa ! Kalau korang ada drama korea yang best , boleh la suggest dekat komen. Boleh saya tengok. :) Apa pendapat korang ? Nak tengok tak ? Menarik tak ? Komen !! Kalau tak minat pun komen ! 



Drama Korea ? Nak tengok kat mane ni ...

Aku nak tengok Cerita Panda and the Hedgehog. Tapi kat Gooddrama lambat sangat ! Lepas tu dok buat pening plak . Lagi laa . Lpas tu bukak Kimchi Drama dia kata "Sorry, bla bla bla" Ishh . Nak tengok  kat mana ni ? Ada cadangan ? Yang senang , mudah , dan cepat :) Macam McDonald Drivethru. Kekeke~ Merepek pulak dah. Any suggestion ? Alang-2 tu kat ne leh download video free ya ? Makasihh :)

Wednesday 6 March 2013

Koperasi Dan Persatuan Bomba

Assalamualaikum .

Kenapa tajuk ni dipilih ? Aku pun tak tahu . Okey , tajuk ni asing asing ya.

KOPERASI SEKOLAH

Koperasi sekolah aku selalu crowded! Kakak tukang jaga tu pun cute ! Cute plus montel . Dan ni nak cercita sikit bile koperasi dah terlalu crowded.

Budak perempuan tingkatan satu a.k.a kawan aku kelas lain dia tengah pilih air dan koperasi time tu tengah sesak kan . Macam tin sardin katanya. Dia dengan kawan dia saja perempuan yang tengah pilih air dekat peti ais tu . Belakang semua lelaki . Bila dia nak pergi bayar , dia nak redah ke ? Mana boleh ! Haram . Sekolah agama pulakk . Then dia cakap macam ni , "Woi , tepi sikit aku nak lalu!!" Then ada sorang senior laki ni kata , "Wei , sekolah irshad bukan macam ni !" yalah , perempuan mana boleh jerit kan ? Tapi takkan dia nak redah pulak .

Cerita kedua , semua tengah sesak sebab nak bayar barang yang diorang beli dekat kaunter . Sekali seorang laki ni cakap , "Wei sekolah irshad yang aku kenal bukan macam ni !" maksud dia ialah , sekolah agama patut ... bersopan santun? Ni , dok main tolak ja ! Oh kiranya definisi sekolah agama ialah pelajar yang bertatasusila . Macam tuu ?

Cerita ketiga , kaunter lelaki dengan kaunter perempuan kan asing . So , dekat dengan kaunter lelaki tu ada radio . Tengah sesak , bising dalam koperasi tu tetiba radio tu bunyi kuat ! Kakak montel tu jerit "Woi , sapa pulak yang bukak radio nii !!!" dah la kakak tu cute .

KELAB BOMBA

tiga senior yang paling handsome bagi aku iaitu , senior fairuz, senior fikri dengan senior badrul . Yang aku tak puas hatinya , kenapa semua persatuan bomba ?! Aku PBSM ! Mungkin Persatuan Bomba tu patut tukar nama jadi , "persatuan lelaki lekaki kacak" sama la dengan pertahanan awam . Semua lelaki hensem-2 . Haishh . Bomba pun semua hensem . Tak pa la . Kenapa aku pikir pasal lelaki pulak nii ? Yarghhh !!!!!!!!!!  Jangan ingat aku gatai pulak naaa .

BYE , ASSALAMUALAIKUM .