Thursday 24 October 2013

Antara Dua (Study Last Minute)

Uwahh .. Uwahh ..

Aduhh , nape nangis-nangis ni ? Sekarang kan musim peperiksaan akhir tahun, so mesti hampa boleh agak kan saya nak tulis apa? Okey, aku pakai dua ganti nama diri tau. Saya dan Aku . Sains aku dapat 78%. Okey la tu. Walaupun tak berapa nak okey sangat bagi aku. Mana taknya, 93-90- .. 78 ??!!

Bukan sebab apa.. Kalau dah yang tu Allah tetapkan untuk aku untuk uji aku, tak pa aku redha. Masalahnya macam mana kalau faktor penurunan aku tu disebabkan aku tak usaha betul-betul? Hah, yang tu memang rasa macam nak marah kat diri sendiri ja, kenapalah buat tindakan macam tu! Atau sebab aku ni study last-last minute ?!

Bila dah tau semua markah, sir baca la markah dari awal tahun sampai sekarang seorang demi seorang sambil buat ulasan. Bila time nama aku , sir kata ni banyak main pa.. Aduishh , is that me ? Serious, ni memang mencabar aku. Aku akan cuba untuk belajar bukan last minute lagi tahun depan!

Friday 13 September 2013

Into the Secondary School ..

Assalamualaikum, muslim muslimah seagamaku :)

Bila baca balik blog saya yang lama, terdetik jugak kat hati ni, "Oh, rancak jugak aku kat blog dulu yee .." Terus ada semangat nak tulis blog. Tehee~ Saya nak cerita fasal budak tingkatan satuu ! Jyeahh, Im the junior!



Semua bloggers semua dah besor-besor.. Apa yang saya boleh cakap fasal alam sekolah menengah ialah .. Gembira dapat kawan baru. And saya kekok la dengan budak kelas lain -,- Kawan saya elok je sembang dengan kawan kelas lain. Saya ? Ah kekok betuiii laa .. Kalau budak kelas lain sembang dengan saya kan , depa hanya kenal 20% saya. Yang kelas lain tapi sembang rabung  tu kenal 50% saya . Budak kelas yang tengok saya ni makan dalam kelas, buat pelik, berlakon merajuk tu pulak 70%. Macam mana peringkat 90%? Yang saya boleh beritahu rahsia, Yang boleh luahkan rasa geram semua ni. 100 % ? Tak dakk ~

Pasal sekolah saya , ada usrah . Best :) Well , budak yang baru tau apa itu usrah lah katakan ..

Err .. Oh ya ! Nak dibandingkan dengan sekolah rendah, sekolah menengah saya, ada macam-macam aktiviti! Kan ada bulan Bahasa Arab, Bulan Bahasa melayu , Bulan bahasa inggeris .. Setiap bulan tu ada la aktiviti terntentunyaa ..

And kelas saya selalu banjir! Kelas lain tak seteruk kelas kami.. Koperasi memang terbaiklah .. Alah, sekola lain pun koperasi terbaik jugak kan ? Normallah tu. Sekolah mak saya, siapa ada mesin aiskrim macam kat McDonald. !


Friday 16 August 2013

Di sebalik kisah kita

Air milo di atas meja aku ambil lalu aku meminumnya perlahan. Suasana kantin yang membingitkan telinga tidak ku hiraukan. Aku termenung jauh memikirkan kerja sekolah yang begitu banyak. “Kau fikir apa tu?” Balqish melambai-lambaikan tangannya di hadapanku.
            “Erm? Kerja sekolah kita la. Kan banyak! Kau ni tak risau ke?” Aku meletakkan gelas kosong itu kembali ke atas meja.
            “Buatlah masa cikgu tak ada dalam kelas nanti. Lepas ni, waktu Bahasa Melayu kan Cikgu Riza tak datang? Buatlah. Jangan sembang!”
            “Oh, ya tak ya juga.” Selepas habis makan, aku dan Balqish berjalan menuju ke kelas. “Hani!” panggil Najwa yang duduk di pondok Kasih Murni. Aku hanya tersenyum padanya. Aku tidak mahu menyertai Najwa. Najwa bersama dengan Sarah, Farzana dan Shahira . Pasti aku dipinggirkan jika bersama mereka.
            “Kan Najwa panggil kau tu? Kenapa kau tak join dia?” Balqish kehairanan melihat reaksiku. Aku menggeleng perlahan. Cermin mata yang melorot di hidung aku perbetulkan. Entah kenapa mood aku hari ini kurang baik.
            “Weh, kau tau tak apa yang aku nampak?” Balqish kelihatan teruja. Aku memandangnya.
“Kau nampak aku?” Balqish menamparku sambil menudingkan jarinya. “Itu! Aniqlah.” Bibirku membentuk ‘O’ tanda faham lalu tersenyum.
“Aku lupa pulak yang kawan aku ni peminat Aniq. Kenapa kau suka dia?” Hairan aku dibuatnya. Aku yang jiran sebelah rumah Aniq pun tak dapat tahu apa keistimewaan Aniq.
 “Kau ni. Apa lagi! Mestilah dia tu kacak.”
“Kacak? Dekat mana? Dekat lubang hidung dia eh?” Aku ketawa besar dengan jenaka ku sendiri. Balqish menampar aku sepuas hatinya sambil mencebik. Aku mengangkat tangan tanda menyerah.
“Jangan nak kutuk Aniq lagi.” Balqish memberi amaran kepadaku. “Ya! Aku tak kutuk dah untuk hari ni.” Aku ketawa lagi sambil melarikan diri daripada Balqish. Aku menoleh ke belakang melihat Balqish yang sedang geram seperti hendak menerkam aku saja. Aku memandang ke hadapan kembali.
Ya Allah, terkejutnya aku. Aniq berada betul-betul di hadapan aku dengan ekspresi wajah yang terkejut. Aku mengangkat tangan seraya berkata, “Sorry, bro.” Aku terus melangkah pergi dengan pantas. Aku terkejut betul tadi. Dia pula boleh buat muka selamba. Ish, memalukan aku je. Balqish segera mendapatkan aku lantas berkata,
“Amboi! Aku nampak love scene. Boleh masuk dalam pembikinan novel aku ni. Kau nak tahu tak?” Balqish menggoyang-goyangkan pen birunya.
“Apa?” Aku pura-pura mencari sesuatu di dalam fail untuk menghilangkan rasa malu. Aku mencapai kertas latihan Sejarah lalu membacanya. “Aku rasa kau sesuailah dengan si Aniq tu. Macam ada kimia ja. Cara Aniq pandang kau macam.. Menikmati betul keindahan wajahmu.”
Botol airku hinggap di bahu Balqish. “Banyaklah kau punya kimia! Dia nak nikamti apa kat muka aku ni hah? Jerawat?” Aku menunjukkan satu jerawat di dagu. Aku menyilangkan tangan lalu berkata, “Tahulah kat muka aku ni subur, jerawat pun suka. Itulah yang dia tengok eh?”
“Kau ni fikir negatif. Dia tengok wajah muka kawan aku yang cantik nilah.”
“Cantik kau kata? Tipu. Tak pernah puji aku ni. Ada apa? Eh, tak mainlah cinta zaman sekolah. Semua budak metah je. Bercinta selepas nikah baru masyuk.”
“Aku beritahu apa yang aku nampak.”
“Sudahlah. Kau membantutkan hajat aku nak buat kerja sekolah. Jangan kacau aku dah. Shuh! Pergi, pergi.” Aku menolak Balqish perlahan.
“Kemana lagilah yang aku boleh pergi dah kalau sini tempat aku.” Balqish mula membuat ayat sedih membuatkan aku lagi bertambah meluat. Aku menjelingnya tajam.
“Qish, kau duduk tempat aku. Biar aku duduk tepi Hani.” Qayyum menoleh dengan wajah yang ceria lalu memandang Balqish. “Eh, tak perlu. Aku sayang Qish aku. Kau jangan nak curi dia.” Aku memeluk Balqish.
“Alaa, tempat Qish dekat dengan kipas. Aku panaslah.” Qayyum mengibas-ngibas mukanya. Aku memandang Qayyum sambil menggerakkan jari telunjukku.

“Tak boleh. Suruh aja Syafeeq kipas kau dengan kipas ni.” Aku menghulurkan buku latihan. “Setakat buku latihan, aku pun ada.” Syafeeq mengangkat bukunya. Aku dan Balqish tertawa gembira.

Saturday 10 August 2013

Aidilfitri : CERITA AKUU ~

Bulan Syawal mengantikan bulan Ramadhan yang sudah berlalu pergi ..

Apa cerita Raya hampa ? Aku ? Aku nak cerita Aidilfitri aku kali ini macam mana ..

Our first day of Eid theme is .. Err . I'm not sure . Maybe Turqoise and Biru Jeans . Haa , macam tu lah . Aku rasa tak perlulah nak ceritakan dekat sini secara terperinci apa yang berlaku sebab bukannya menarik kan ? Duit raya tahun ni , tambah 50 ! 100 dah la ni . Ayah aku kata sebab dapat sekolah bagus , abah aku tambah . Heheh , Masehh bah .




Ni gambar aku dengan cousin aku yang paling aku rapat , Sharifah Nur Maisarah. Ni la cousin madu dan racun aku . Banyak menggembirakan aku but sometimes hurt me too . Well , manusia biasa kan ? Masalah aku satu ajer la . Sepupu lelaki ramai , so macam mana aku nak elak salam ? Cakap pun tak pernah takkanlah tetiba ja nak cakap ? Ahh , ackward momments ...

Oh ya , ada seorang sepupu aku ni yang sebaya dengan aku . Lelaki lah . Mungkin dia nak meningkat remaja so dulu yang muka blur , sekarang dah handsome sikit kut ? Hahah XD Memandai ja aku ni . Dia ada abang yang beza setahun dengan dia . Kalau ikutkan dulu , aku rasa abang dia lebih hensem , tapi sekarang kenapa aku rasa dia lebih handsome ? Pak long aku siap kata , "Makin besar makin handsome la Naim ni." Pak Long , Maherah sokong Pak Long !! Yeahh ! 

Perlu ke cerita fasal sepupu handsome ni hah? Perlu kah ?

Raya kedua abah buat makan-makan . Mak Long aku kata kawan aku tak mai ka ? Aku budak sekolah ler sepatutnya ramai kawan yang mai rumah. Tapi sorang pun tak dak ? Kurengsss ..

Raya ketiga , kami pergi beraya lagi .. Waa , aku pakai baju baru yang aku suka .. Terenggg ~


With Angah

Okey , esok raya keempat mungkin aku nak pergi rumah kawan :)

BYE ~

-KaiAira NickName-






Saturday 3 August 2013

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam ??

Hari last belajar Pendidikan Islam , kami buat ala-ala sesi soal jawab. AKu tanya lah ustazah , nanti raya macam mana nak elak daripada salam dengan sepupu lelaki ? Ustazah bagi tips !

-Kalau ada keberanian, cakap terus like this..
"Kak dah besaq dah .. Tak boleh salam."
(Senyum) "Kak dah besaq , dah faham dah ."

Tapi , aku ni tak ada keberanian, so ni pula untuk tips orang yang tak berapa nak rapat dengan sepupu ..

- Pakai tudung labuh , Cover your tangan with tudung dan salam hidung jangan bagi kena tangan si sepupumu ..
- Sediakan satu tuala dan cover . Then salam . Lama-lama Insya Allah depa faham ^^
But remember ! Pak cik yang ipar dengan mak/ayah kita pun tak boleh salam tau! Taknak , taknak , takanak! (Prof Izi Haji Ali) Tapi , kalau dia dah sua tangan , and demi menjaga maruah dia kita terdesak dan bolehlah salam . Yang pakcik ipar mak/ayah kita tu , kalau dah tua sangat macam 70 tu bolehlah salam . Yang tak dak keinginan terhadap perempuan dah !

Harap entri ni boleh membantu , Insya Allah .

Untuk memudahkan korang , nah saya kasi satu gambar bertajuk MAHRAM BAGI WANITA. Check it out ! 





Gagal , Usaha dan Berjaya . Insya Allah !

Keputusan Pertandingan Sayembara menulis cerpen baru saja diumukan kat sekolah . Dan aku tak berjaya . Normallah agak kecewa dan sedih . Yang menambah rencah kesedihan lagi tu bila yang johan dia budak form 1 ! Nasib baik lelaki ! Ahaha . Tapi bila aku ingat balik , cerpen aku tu taklah best mana . Typo pun banyak . And satu lagi minat aku iaitu melukis. Ingat lagi time kecik dulu aku suka tengok kakak aku melukis .

Sejak tu lah , aku selalu lukis sampai sekarang . Bila tengok lukisan aku sekarang nampaklah perbezaannya. Apa yang penting usaha. Usaha bukan usaha macam tu ja , tapi usaha tengok dekat komik ka , tengok dekat internet or minta tunjuk ajar. Apa yang perlu buat sekarang ni ialah menulis ! Berlatih menulis . Lagipun, kita kena ingat ni takdir yang Allah dah tetap untuk kita . Mungkin Allah akan beri yang lebih baik buat kita . Ameen .


Saturday 20 July 2013

Impianku | Penulis

Alhamdulillah dah hari ke berapa kita puasa ni ? Friends, jangan lepaskan peluang untuk beribadah sebanyak mana yang anda mampu. Pahala berlipat ganda time ni . Subhanallah . Keistimewaan yang Allah beri kepada umat Rasulullah iaitu bulan Ramadhan. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

Sempena bulan Ramadhan ni , banyak aktivti yang dianjurkan oleh sekolah saya . Dan antaranya ialah Sayembara Menulis Cerpen. Bila dengar je benda ni terus saya excited ! Yalah , impian saya nak jadi seorang penulis so, pertandingan yang ada ni langkah pertama saya ke alam penulisan. Padahal karangan taklah power mana. Dan peluang keemasan untuk saya me'try'.





Mula-mula ingat kena tulis fasal Ramadhan tapi rupa-rupanya bebas ! Wah , ni lagi keemasan , keberlian , kemutiaraan ! Masalahnya sekarang ni , nak tulis fasal apa ? Blank lah pulak ..Kalau Ji Hyo dalam RM dipanggil 'Blank Ji' so aku 'Blank Pah' maybe ? Hahah . So , cuba hampa bagi cadangan atau clue sikit cerita tentang apa yang best ? Kecekalan ? Persahabatan ? Islamik ? Ketabahan ? 

Okey lah . Anyway , tolong doakan saya supaya dapat menadi yang terbaik ya .. Insha Allah :) 



Salam ,

-Maherah Al Yahya-