Friday 8 March 2013

Drama Korea Best (yang aku pernah tengok)


ASSLAMUALAIKUM . (pembuka bicara)

Selamat Tengah hari Bloggers. Dah makan? Kalau belum bolehlah makan sambil baca entri ni . Eh , kawan korang tak pernah cerita ke pasal drama korea? Drama korea ni best ! Dan .. Mesti ada yang memang peminat drama korea tengah baca entri ni. Ada takk ? Kalau ada leh arr komen :) Setakat semua drama yang aku pernah tengok, semua best ! Cuma yang kureng tu sebab sedih :') Tapi sedih2 pun best larr ! Nak tau tak drama apa ? Check it outt !












Boys Over Flowers

Mengisahkan Geum Jandi anak kepada pemilik kedai dobi dan  tiba-tiba  dia menjadi  pelajar sekolah elit a.k.a sekolah orang kaya. Kumpulan F4 (empat lelaki kat gambar) merupakan kumpulan yang popular. Goo Junpyo , (curly hair kat gambar a.k.a no 2 dari kiri a.k.a paling hensem kat situ) merupakan pewaris syarikat SHINHWA . Ada , supermarket , high school , college semua shinhwa punya. Goo Junpyo merupakan ketua F4. Mereka semua belajar di SHINHWA COLLEGE.  Semua pelajar menghormati F4 kecuali Jandi . Sikap Jandi yang tidak menghormati group itu menarik perhatian Junpyo. Tengok yaa . Serius best !



    

He's Beautiful / You're Beautiful

Seorang lelaki ingin menjadikan Go Mi Nam sebagai ahli baru kumpulan A.N. Jell . Tetapi Go Mi Nam berada di luar negara. Oleh itu , Go Mi Nyuh (heroin) telah diminta untuk mengganti abangnya. Pada mulanya dia ingin menolak tetapi manager Ma memberitahu yang dia boleh mencari ibunya yang hilang dengan menjadi popular. Hwang Taekyung , (hero) tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam (go mi nyuh) . Tambah lagi setelah dia mengetahui Go Mi Nam itu perempuan , dia ingin bocorkan rahsia. Tetapi ada insiden yang membuatkan hasratnya terhalang dan Dia melindungi Go Mi Nam drpd d'ketahui org ramai rahsianya.




TO THE BEAUTIFUL YOU




Mengisahkan Goo Jae Hee yang tinggal di negara Barat dan amat mengagumi Kang Tae Joon atlit lompat Tinggi Korea. Tetapi , sesuatu telah membuatkan Kang Tae Joon tidak boleh melompat lagi. Goo Jae Hee mengambil keputusan untuk memotong rambutnya dan mendaftarkan diri ke sekolah Kang Tae Joon iaitu sekolah lelaki. Dia berlakon menjadi lelaki dan telah mendapat sebilik dengan Tae Joon.Tae Joon tidak senang akan kehadiran Jae Hee malah menghalau Jae Hee dari biliknya kerana dia tidak suka berkongsi bilik .

Dear bloggers , cerita ni memang terbaik . First time aku jumpa watak jahat perempuan yang tak jahat sangat. Tak kejam mana . Tapi agak menyakitkan hati . Serius best !! Tengoklah cara Jae Hee nak berkawan dengan Tae Joon. Oh , ya cerita ni adaptasi drama Jepun , Hana Kimi. Ada org kata Hana Kimi best lagi . Sebab lawak . Tapi , drama korea artis dia lagi handsome la.

Love Rain





Mengisahkan Jung Ha Na yang bertemu dengan Seo Joon di Jepun. Sejak itu mereka sering bertemu dan bergaduh. Pada mulanya , Joon sangat tidak menyukai Ha Na. Begitu juga Ha Na. Mereka pernah bilik bersebelahan yang hanya berdindingkan rak buku. Joon sering mengintip Ha Na. Joon meluahkan rasa sukanya pada Ha Na. Ha Na juga menyukai Joon tetapi dan mereka menjadi sepasang kekasih , tak lama selepas itu , setelah mengetahui yang ibu Ha Na merupakan cinta pertama ayahnya dan penyebab penceraian ayahnya dan ibunya Joon meninggalkan Ha Na. Ha Na sangat sedih dan setia menunggu Joon. 

Ni best jugak tapi geram la dgn Joon tu. EGO !

Nak tengok kat mana ? Tengok dekat ..sini Ada lagi drama yang best , tapi tak sempat nak tulis banyak. Okey .. Nanti saya sambung yaa ! Kalau korang ada drama korea yang best , boleh la suggest dekat komen. Boleh saya tengok. :) Apa pendapat korang ? Nak tengok tak ? Menarik tak ? Komen !! Kalau tak minat pun komen ! 



7 comments:

  1. Boys over flower best kan :D

    ReplyDelete
  2. Waa... TTBY da bestt... :3

    ReplyDelete
  3. Aku ingat sapalah yg komen , rupanya zelo kee ..

    ReplyDelete
  4. Da tgk cite My love from the star...yg tu pon best...1st time tjebak dgn drama korea..saje je nak try tgk..1st ep tgk, trus jatoh cinta..best dgt2...klakar, sedih, romantik..tp after habis tonton drama tu...cam sedih sbb da habis da ep..nak ulang tp nnt jd bosan pulaak...1st time nangis tgk drama cam gini...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt nak try la tgk drama yg u suggest..

      Delete
    2. nnt nak try la tgk drama yg u suggest..

      Delete