Thursday 24 October 2013

Antara Dua (Study Last Minute)

Uwahh .. Uwahh ..

Aduhh , nape nangis-nangis ni ? Sekarang kan musim peperiksaan akhir tahun, so mesti hampa boleh agak kan saya nak tulis apa? Okey, aku pakai dua ganti nama diri tau. Saya dan Aku . Sains aku dapat 78%. Okey la tu. Walaupun tak berapa nak okey sangat bagi aku. Mana taknya, 93-90- .. 78 ??!!

Bukan sebab apa.. Kalau dah yang tu Allah tetapkan untuk aku untuk uji aku, tak pa aku redha. Masalahnya macam mana kalau faktor penurunan aku tu disebabkan aku tak usaha betul-betul? Hah, yang tu memang rasa macam nak marah kat diri sendiri ja, kenapalah buat tindakan macam tu! Atau sebab aku ni study last-last minute ?!

Bila dah tau semua markah, sir baca la markah dari awal tahun sampai sekarang seorang demi seorang sambil buat ulasan. Bila time nama aku , sir kata ni banyak main pa.. Aduishh , is that me ? Serious, ni memang mencabar aku. Aku akan cuba untuk belajar bukan last minute lagi tahun depan!

Friday 13 September 2013

Into the Secondary School ..

Assalamualaikum, muslim muslimah seagamaku :)

Bila baca balik blog saya yang lama, terdetik jugak kat hati ni, "Oh, rancak jugak aku kat blog dulu yee .." Terus ada semangat nak tulis blog. Tehee~ Saya nak cerita fasal budak tingkatan satuu ! Jyeahh, Im the junior!



Semua bloggers semua dah besor-besor.. Apa yang saya boleh cakap fasal alam sekolah menengah ialah .. Gembira dapat kawan baru. And saya kekok la dengan budak kelas lain -,- Kawan saya elok je sembang dengan kawan kelas lain. Saya ? Ah kekok betuiii laa .. Kalau budak kelas lain sembang dengan saya kan , depa hanya kenal 20% saya. Yang kelas lain tapi sembang rabung  tu kenal 50% saya . Budak kelas yang tengok saya ni makan dalam kelas, buat pelik, berlakon merajuk tu pulak 70%. Macam mana peringkat 90%? Yang saya boleh beritahu rahsia, Yang boleh luahkan rasa geram semua ni. 100 % ? Tak dakk ~

Pasal sekolah saya , ada usrah . Best :) Well , budak yang baru tau apa itu usrah lah katakan ..

Err .. Oh ya ! Nak dibandingkan dengan sekolah rendah, sekolah menengah saya, ada macam-macam aktiviti! Kan ada bulan Bahasa Arab, Bulan Bahasa melayu , Bulan bahasa inggeris .. Setiap bulan tu ada la aktiviti terntentunyaa ..

And kelas saya selalu banjir! Kelas lain tak seteruk kelas kami.. Koperasi memang terbaiklah .. Alah, sekola lain pun koperasi terbaik jugak kan ? Normallah tu. Sekolah mak saya, siapa ada mesin aiskrim macam kat McDonald. !


Friday 16 August 2013

Di sebalik kisah kita

Air milo di atas meja aku ambil lalu aku meminumnya perlahan. Suasana kantin yang membingitkan telinga tidak ku hiraukan. Aku termenung jauh memikirkan kerja sekolah yang begitu banyak. “Kau fikir apa tu?” Balqish melambai-lambaikan tangannya di hadapanku.
            “Erm? Kerja sekolah kita la. Kan banyak! Kau ni tak risau ke?” Aku meletakkan gelas kosong itu kembali ke atas meja.
            “Buatlah masa cikgu tak ada dalam kelas nanti. Lepas ni, waktu Bahasa Melayu kan Cikgu Riza tak datang? Buatlah. Jangan sembang!”
            “Oh, ya tak ya juga.” Selepas habis makan, aku dan Balqish berjalan menuju ke kelas. “Hani!” panggil Najwa yang duduk di pondok Kasih Murni. Aku hanya tersenyum padanya. Aku tidak mahu menyertai Najwa. Najwa bersama dengan Sarah, Farzana dan Shahira . Pasti aku dipinggirkan jika bersama mereka.
            “Kan Najwa panggil kau tu? Kenapa kau tak join dia?” Balqish kehairanan melihat reaksiku. Aku menggeleng perlahan. Cermin mata yang melorot di hidung aku perbetulkan. Entah kenapa mood aku hari ini kurang baik.
            “Weh, kau tau tak apa yang aku nampak?” Balqish kelihatan teruja. Aku memandangnya.
“Kau nampak aku?” Balqish menamparku sambil menudingkan jarinya. “Itu! Aniqlah.” Bibirku membentuk ‘O’ tanda faham lalu tersenyum.
“Aku lupa pulak yang kawan aku ni peminat Aniq. Kenapa kau suka dia?” Hairan aku dibuatnya. Aku yang jiran sebelah rumah Aniq pun tak dapat tahu apa keistimewaan Aniq.
 “Kau ni. Apa lagi! Mestilah dia tu kacak.”
“Kacak? Dekat mana? Dekat lubang hidung dia eh?” Aku ketawa besar dengan jenaka ku sendiri. Balqish menampar aku sepuas hatinya sambil mencebik. Aku mengangkat tangan tanda menyerah.
“Jangan nak kutuk Aniq lagi.” Balqish memberi amaran kepadaku. “Ya! Aku tak kutuk dah untuk hari ni.” Aku ketawa lagi sambil melarikan diri daripada Balqish. Aku menoleh ke belakang melihat Balqish yang sedang geram seperti hendak menerkam aku saja. Aku memandang ke hadapan kembali.
Ya Allah, terkejutnya aku. Aniq berada betul-betul di hadapan aku dengan ekspresi wajah yang terkejut. Aku mengangkat tangan seraya berkata, “Sorry, bro.” Aku terus melangkah pergi dengan pantas. Aku terkejut betul tadi. Dia pula boleh buat muka selamba. Ish, memalukan aku je. Balqish segera mendapatkan aku lantas berkata,
“Amboi! Aku nampak love scene. Boleh masuk dalam pembikinan novel aku ni. Kau nak tahu tak?” Balqish menggoyang-goyangkan pen birunya.
“Apa?” Aku pura-pura mencari sesuatu di dalam fail untuk menghilangkan rasa malu. Aku mencapai kertas latihan Sejarah lalu membacanya. “Aku rasa kau sesuailah dengan si Aniq tu. Macam ada kimia ja. Cara Aniq pandang kau macam.. Menikmati betul keindahan wajahmu.”
Botol airku hinggap di bahu Balqish. “Banyaklah kau punya kimia! Dia nak nikamti apa kat muka aku ni hah? Jerawat?” Aku menunjukkan satu jerawat di dagu. Aku menyilangkan tangan lalu berkata, “Tahulah kat muka aku ni subur, jerawat pun suka. Itulah yang dia tengok eh?”
“Kau ni fikir negatif. Dia tengok wajah muka kawan aku yang cantik nilah.”
“Cantik kau kata? Tipu. Tak pernah puji aku ni. Ada apa? Eh, tak mainlah cinta zaman sekolah. Semua budak metah je. Bercinta selepas nikah baru masyuk.”
“Aku beritahu apa yang aku nampak.”
“Sudahlah. Kau membantutkan hajat aku nak buat kerja sekolah. Jangan kacau aku dah. Shuh! Pergi, pergi.” Aku menolak Balqish perlahan.
“Kemana lagilah yang aku boleh pergi dah kalau sini tempat aku.” Balqish mula membuat ayat sedih membuatkan aku lagi bertambah meluat. Aku menjelingnya tajam.
“Qish, kau duduk tempat aku. Biar aku duduk tepi Hani.” Qayyum menoleh dengan wajah yang ceria lalu memandang Balqish. “Eh, tak perlu. Aku sayang Qish aku. Kau jangan nak curi dia.” Aku memeluk Balqish.
“Alaa, tempat Qish dekat dengan kipas. Aku panaslah.” Qayyum mengibas-ngibas mukanya. Aku memandang Qayyum sambil menggerakkan jari telunjukku.

“Tak boleh. Suruh aja Syafeeq kipas kau dengan kipas ni.” Aku menghulurkan buku latihan. “Setakat buku latihan, aku pun ada.” Syafeeq mengangkat bukunya. Aku dan Balqish tertawa gembira.

Saturday 10 August 2013

Aidilfitri : CERITA AKUU ~

Bulan Syawal mengantikan bulan Ramadhan yang sudah berlalu pergi ..

Apa cerita Raya hampa ? Aku ? Aku nak cerita Aidilfitri aku kali ini macam mana ..

Our first day of Eid theme is .. Err . I'm not sure . Maybe Turqoise and Biru Jeans . Haa , macam tu lah . Aku rasa tak perlulah nak ceritakan dekat sini secara terperinci apa yang berlaku sebab bukannya menarik kan ? Duit raya tahun ni , tambah 50 ! 100 dah la ni . Ayah aku kata sebab dapat sekolah bagus , abah aku tambah . Heheh , Masehh bah .




Ni gambar aku dengan cousin aku yang paling aku rapat , Sharifah Nur Maisarah. Ni la cousin madu dan racun aku . Banyak menggembirakan aku but sometimes hurt me too . Well , manusia biasa kan ? Masalah aku satu ajer la . Sepupu lelaki ramai , so macam mana aku nak elak salam ? Cakap pun tak pernah takkanlah tetiba ja nak cakap ? Ahh , ackward momments ...

Oh ya , ada seorang sepupu aku ni yang sebaya dengan aku . Lelaki lah . Mungkin dia nak meningkat remaja so dulu yang muka blur , sekarang dah handsome sikit kut ? Hahah XD Memandai ja aku ni . Dia ada abang yang beza setahun dengan dia . Kalau ikutkan dulu , aku rasa abang dia lebih hensem , tapi sekarang kenapa aku rasa dia lebih handsome ? Pak long aku siap kata , "Makin besar makin handsome la Naim ni." Pak Long , Maherah sokong Pak Long !! Yeahh ! 

Perlu ke cerita fasal sepupu handsome ni hah? Perlu kah ?

Raya kedua abah buat makan-makan . Mak Long aku kata kawan aku tak mai ka ? Aku budak sekolah ler sepatutnya ramai kawan yang mai rumah. Tapi sorang pun tak dak ? Kurengsss ..

Raya ketiga , kami pergi beraya lagi .. Waa , aku pakai baju baru yang aku suka .. Terenggg ~


With Angah

Okey , esok raya keempat mungkin aku nak pergi rumah kawan :)

BYE ~

-KaiAira NickName-






Saturday 3 August 2013

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam ??

Hari last belajar Pendidikan Islam , kami buat ala-ala sesi soal jawab. AKu tanya lah ustazah , nanti raya macam mana nak elak daripada salam dengan sepupu lelaki ? Ustazah bagi tips !

-Kalau ada keberanian, cakap terus like this..
"Kak dah besaq dah .. Tak boleh salam."
(Senyum) "Kak dah besaq , dah faham dah ."

Tapi , aku ni tak ada keberanian, so ni pula untuk tips orang yang tak berapa nak rapat dengan sepupu ..

- Pakai tudung labuh , Cover your tangan with tudung dan salam hidung jangan bagi kena tangan si sepupumu ..
- Sediakan satu tuala dan cover . Then salam . Lama-lama Insya Allah depa faham ^^
But remember ! Pak cik yang ipar dengan mak/ayah kita pun tak boleh salam tau! Taknak , taknak , takanak! (Prof Izi Haji Ali) Tapi , kalau dia dah sua tangan , and demi menjaga maruah dia kita terdesak dan bolehlah salam . Yang pakcik ipar mak/ayah kita tu , kalau dah tua sangat macam 70 tu bolehlah salam . Yang tak dak keinginan terhadap perempuan dah !

Harap entri ni boleh membantu , Insya Allah .

Untuk memudahkan korang , nah saya kasi satu gambar bertajuk MAHRAM BAGI WANITA. Check it out ! 





Gagal , Usaha dan Berjaya . Insya Allah !

Keputusan Pertandingan Sayembara menulis cerpen baru saja diumukan kat sekolah . Dan aku tak berjaya . Normallah agak kecewa dan sedih . Yang menambah rencah kesedihan lagi tu bila yang johan dia budak form 1 ! Nasib baik lelaki ! Ahaha . Tapi bila aku ingat balik , cerpen aku tu taklah best mana . Typo pun banyak . And satu lagi minat aku iaitu melukis. Ingat lagi time kecik dulu aku suka tengok kakak aku melukis .

Sejak tu lah , aku selalu lukis sampai sekarang . Bila tengok lukisan aku sekarang nampaklah perbezaannya. Apa yang penting usaha. Usaha bukan usaha macam tu ja , tapi usaha tengok dekat komik ka , tengok dekat internet or minta tunjuk ajar. Apa yang perlu buat sekarang ni ialah menulis ! Berlatih menulis . Lagipun, kita kena ingat ni takdir yang Allah dah tetap untuk kita . Mungkin Allah akan beri yang lebih baik buat kita . Ameen .


Saturday 20 July 2013

Impianku | Penulis

Alhamdulillah dah hari ke berapa kita puasa ni ? Friends, jangan lepaskan peluang untuk beribadah sebanyak mana yang anda mampu. Pahala berlipat ganda time ni . Subhanallah . Keistimewaan yang Allah beri kepada umat Rasulullah iaitu bulan Ramadhan. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

Sempena bulan Ramadhan ni , banyak aktivti yang dianjurkan oleh sekolah saya . Dan antaranya ialah Sayembara Menulis Cerpen. Bila dengar je benda ni terus saya excited ! Yalah , impian saya nak jadi seorang penulis so, pertandingan yang ada ni langkah pertama saya ke alam penulisan. Padahal karangan taklah power mana. Dan peluang keemasan untuk saya me'try'.





Mula-mula ingat kena tulis fasal Ramadhan tapi rupa-rupanya bebas ! Wah , ni lagi keemasan , keberlian , kemutiaraan ! Masalahnya sekarang ni , nak tulis fasal apa ? Blank lah pulak ..Kalau Ji Hyo dalam RM dipanggil 'Blank Ji' so aku 'Blank Pah' maybe ? Hahah . So , cuba hampa bagi cadangan atau clue sikit cerita tentang apa yang best ? Kecekalan ? Persahabatan ? Islamik ? Ketabahan ? 

Okey lah . Anyway , tolong doakan saya supaya dapat menadi yang terbaik ya .. Insha Allah :) 



Salam ,

-Maherah Al Yahya-







Friday 19 July 2013

TOP 10 KOREAN DRAMA OST


Sebenarnya drama yang saya tengok tidaklah banyak sangat. Tetapi TOP 10 yang saya buat ni berdasarkan drama yang saya pernah tengok dan drama tu ialah ..

-Boys Over Flowers
-You're Beautiful
-To The Beautiful You
-Love Rain (lagi satu episod)
-Heartstrings (tengok tak habis)
-That Winter The Wind Blows ( tak habis . Cerita dia lambat.)
- Jang Ok Jung (in progress tengok kat One HD)
-I Hear Your Voice (Ni baru tengok episod 4 kot dekat One HD sebab baru je start kat Channel tu.)


LIST .
1. Paradise - T-MAX (Boys Over Flowers)
2. Because I'm Stupid - Kim Hyun Jonng (Boys Over Flowers)
3. Stand Up - J-min (To The Beautiful You)
4. Promise (You're Beautiful)
5. The Day We Fall In Love - Park Shin Hye (Heartstrings)
6. You've Fallen For Me - Yonghwa (Heartsrings)
7. Without Words - Park Shin Hye (You're Beautiful)
8. Something Happened to My Heart (Boys Over Flowers)
9. Starlight Tears (Boys Over Flowers)
10. ....

Haa . Drama lain tak minat eh OST dia ? How about you all pulakk ?

BOYS OVER FLOWERS DAEBAK :)



You're Beautiful

TTBY





Heartstrings
LOVE RAIN

Current drama yang aku tengok . Jong Suk !! I hear your voice

Bye
Assalamualaikum

-MAHERAH ALYAHYA-

Friday 12 July 2013

Tarawih di Masjid Baru

Assalamualaikum , dan Selamaaaat Malam !

La ni bulan puasa kan ? Kami pergi sembahyang tarawih di masjid yang boleh dikatakan baru. Tahun lepas kot. Subhanallah . Cantikk . !!



Hah, inilah dia . Di Bertam Perdana , Kepala Batas Pulau Pinang.. Dengan disediakan air cond nya , besar , dalam dia cantik tauu ! Lampu memang banyak dan cerahlah . Nak sembahyang pun cerah je mata nii .

Parking dia pun banyak tapi , tadi aku pergi ramai orang . Penuhlah parkingnya . Tapi jumpa ja . Time sembahyang , ada la budak-budak kecik dok lalu depan kami dua tiga kali . Eii ,.. Tawaf ke dikk oii ?

Ada pulak budak kecik yang lalu antara makmum wanita serupa tengah jalani game adventure pun ada. Siap ngan botol susu dia nangis-2. Budak-2 bising sikit la dekat situ. Yang bahagian lelaki , depa tanda bahagian kanak-kanak. Lalu-lalang ikut suka hati ja . Takpa-2 nasib baik kecik lagi.


Itulah pengalaman first time sembahyang di masjid bertam perdana !

Sunday 16 June 2013

Aurat (Handsock)

Assalamualaikum :)

Okey , Today Iwant to talk about handsock. Kita pakai handsock kerana nak menutup aurat. Supaya tak kelihatan bentuk dan warna kulit. Tapi, hakikatnya handsock tu membalut aurat bukannya menutup aurat. . Still nampak bentuk tangan. Sama saja kan dengan pakai leggings ? Dulu saya pun pakai handsock, tapi setelah saya tahu yang pakai handsock ni tak memenuhi syarat menutup aurat dan bentuk tangan still nampak , saya dah tak pakai dah .

Tahukah , ustazah sekolah saya kata kalau kita tahu yang melakukan sesuatu perkara itu berdosa tetapi kita masih melakukannya, orang ini dijamin neraka. Wallahu 'alam. Baju saya banyak yang tangan pendek sebab saya ingat lagi dulu "Handsock kan ada." But now , I need to wear t-shirt saya yang longgar dan lengan panjang . Tu pun tak berapa nak labuh  menutup peha tapi still menutup punggung . Okey la tuh sementara nak menambah koleksi baju muslimah.

Saya pun bukannya ilmu penuh di dada nak bercerita fasal aurat semua ni, tapi saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu dan boleh memeberi faedah kepada readers . Asslamualaikum . Komen la sikit .. Heheheh ...

Wallahu 'alam.

Wednesday 29 May 2013

Nasihat Si Tua

Assalamualaikum :)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diizinkan olehNya untuk tulis entri malam ni . Moga kita dipanjangkan umur , INSYA ALLAH :)

Pagi tadi , aku pergi rumah Wan a.k.a Tokwan aku lah tu . Takut sat lagi hampa ingat Wan singkatan untuk Syazwan or any thing else . Sebelum masuk rumah wan aku , ( rumah wan aku rumah murah yang sederet tu yer) Mak aku terserempak dengan Tok Teh jiran wan aku. Anak dia ni belajaq di Australia . Hampa besa tengok tak majalah Anis kot , yang kahwin dengan engineer masjid kristal ? Yang perempuan tulah anak Tok Teh .

Tok Teh tu tengok aku . Dia tanya mak aku sambil tuding jari kat aku. "Ni anakanda yang last ka?" Mak aku iyakanlah . Then dia tanya nama aku . Mak aku suruh aku jawab. He is approaching me. Sambil bersandar kat kereta , dia mula memberi nasihat .

Ayat yang dia cakap aku tulis bukan sebiji-2 ya . Tapi , makna dia lebih kurang sama .

"Maherah nak main badminton , main . Nak buat __ , buat . (ada la benda apa ntah .) Nak belajaq , belajaq . "

Oh ,
malaslah aku nak buat secara dialog . Apa yang pasti Tok Teh ada pesan , sebelum tidur ..

BACA BISMILLAH 41 KALI .

Dia kata , mak dia dulu selalu suruh baca bismillah 41 kali . Tapi , Tok Teh nakal Tok Teh tak ikut cakap mak dia . Abang Tok Teh buat . Tok Teh cerita la tentang kejayaan abang dia .

Lepas baca bismillah 41 kali , niat dalam hati apa yang kita nak . Tapi , kalau kita tak cakap pun , ALLAH KAN MAHA MENGETAHUI ! Katanya ni petua mufti .. err .. apa ntah .

Alahaii ~ Ruginya ! Bila orang bagi nasihat takmau dengar betul-2 ! Kan dah lupa !

Tapi , Alhamdullilah yang bismillah 41 kali aku tak lupa . Lagi yang aku ingat dia kata , bila baca doa tak payah la doa untuk dapat 8A dalam PMR atau 10A SPM . Sebab ...

Kita doa supaya kita MURTI . MURTI STANDS FOR ..
MUR : MURAHKAN REZEKI
TI : TEGUH IMAN (tak silap aku)

Tahu kenapa ? Sebab bila kita dimurahkan rezeki maknanya kita dapat kejyaan lah kan ? Di samping dapat kejyaan rezeki lain pun kita dapat !

AKu minta maaf sangat-sangat sebab information ni yang tak lengkap ! Dan ayat pun .. tunggang langgang . Nanti aku tanya ayah aku balik sebab ayah aku pun dengar NASIHAT ToK Teh.

Kalau ada salah silap tolong betulkan .



Friday 17 May 2013

Tak Dak Kerja Sungguh ~

Assalamualaikum :)

Dah lama tak tulis blog . Why ? Sebab bila nak tulis blog rasa bersalah sebab exam tak lepas lagi . Facebook tak terasa bersalah pula ek ? Ni lepas exam ada la rasa bersalah sikit. Sikit jerr -,- K , lah . Action Song ? Malas lah nak cerita . Just nak bagitau yang kelas kami menang . Banyak jugak la scandal time action song ni.

So , kita lupakan pasal tu kita nak cerita pasal apa ? Oh , ya pasal soalan bocor okey tak ? Err . Tak payahlah . Mesti korang tak interested . Eh , baru kite perasan . Kalau ecah dia guna 'ana' tau dalam blog dia . Haahh . Wei takdak idea la! Urmm .. Arhh .. Err .. Ohh ..

Friday 19 April 2013

Bila tak bekerjasama ! (Persembahan Action Song)

Assalamualaikum :)

Exam dah nak dekat tapi bole lagi aku dok on nuh ? Bulan lepas , bulan Bahasa Arab bulan ni bulan bahasa inggeris . So , untuk tingkatan satu cikgu suruh kami buat action song . Bila dengar tu , aku pun macam .. Hah ? Takkanlah sekolah agama nak suruh aku nari-nari cam time darjah tiga dulu ? Time tengah kiut miut dulu ? Oh , bukanlah . Kena nyanyi sambil buat action . Dipendekkan cerita , apa yang aku nak beritahu ialah ....
Aku tak suka budak laki kelas aku .. Budak lelaki kelas aku sangatlah tidak serius dan tak displin ! Tak terasa nak menang !

Ada pertengkaran . Yang tak puas hati gaya nak tunduk ada yang merajuk sebab tak terima idea dia la . Macam-macam . Then , kelas kami ada buat lakonan dalam action song tuh .. Madam J (Teacher Jamilah yang kiut) cerita la kat Sir Rosli pasal ni . Then , budak sir rosli pun buat lakonan jugakk . Kami satu kelas tak puas hati la ! Mana aci tiru kami . Then mulalah . Aku tak tau sapa tiru sapa . Kami buat bintang , depa pun ada bintang (props) Kami punya ada .. hermm .. Apa ntah . So , mulalah persaingan antara kami . Tu yang eden takut ni . Kalau kalah tak pa , masalahnya bila ada pesaing ni dari "kalah tak apa" boleh jadi "Mana boleh kalah!" . Action song kena buat action smbil jalan . Kami tak jalan puns !

Arghh ! Tapi unnie yang latih kami a.k.a bekas kelas 1 Ibnu Sina tahun lepas kata kelas lain pun tak jalan jugak . So , buat aku tennag sikit . Kawan aku kta , kelas AF , AZ dan AR dah bergaduh sebab lagu . Jadi , tak mau la kelas IS bergaduh dengan kelas IR . Bestkan IK tak b'gadoh . Apa-apa pun doakan aku okey untuk action song esok . Hah , wait . Cita pasal budak laki kelas aku , depa ni  madam suruh salin lirik tak mau . Lepas tu bila suruh nyanyi dah taktauu . Aku meluat betul laa !

Okey . Dahh . Esok aku bawa camera , aku post gambar kat blog k ? 

Assalamualaikum :*

Sunday 14 April 2013

Pengalaman banjir kat sekolah

Assalamualaikum :)

Dah lama aku tak tulis blog . Tapi tak sampai sebulan rasanya. Aku ada benda nak cerita, tapi cerita tu panjang sangat kalau nak tulis . Kena ada masa yang sesuai. Dah la hari ni hari Ahad, aku nak prepare untuk sekolah esok . Kerja sekolah pun belum siap . So .. Tajuk yang sesuai ialah Banjir di sekolah .

Semua ni berlaku selepas sembahyang zuhur kat sekolah. Kebetulan hari tu ada koko , so aku ngan Ad pergi  la kantin. Bila dah habes makan, laluan yang kami nak pi kelas tu air bertakung. Longkang penuh . So , kami ingat nak redah hujan tapi Ad kata tengah kilat . Kami lalu kelas Form 3 . Jauh jugak la.

Cehh , kononnya tak kena air ler tu . Then , kamu lalu la longkang kecik untuk ke kelas . Mula-mula tengok longkang penuh air tapi boleh lalu lagi. Sekali longkang kecik terakhir tu dah jadi lopak air besar . Aku lompat ! Kena jugakk =,=

Acehh , lega la tu air kena sikit ja . Jalan sikit lagi , haaa . Aku pelik kenapa budak laki bukak kasut ni ? Kritikal sangat ke ? Rupanya air atas buku lali . Aku masuk kelas , tengok budak laki dok syok main ayaq . Buat percik-2 sudaa . Kelas kami pun banjir tapi tak sampai buku lali pun .

Tunggu punya tunggu , air tak surut . kawan aku kata jom balik takkan la nak tunggu . Lama kott . Katanyaa . Aku pun buat-buat macam sokong padahal aku tak mau balik . Sebab ini pengalaman ! Seronok la main ayaq . Lepas tu ada orang kata senior a.k.a pengawas kata tak boleh balik lagi . Aku dengan kawan aku pergi ronda-ronda main air la ! Ada satu part tu dekat dengan makmal chemistry air dia tinggi sikit daripada tadi . Syokk !! Tetiba .. SPLAH !  Budak laki bekejaran air terpercik kat aku dan Ad sampai ke tudung . Oh ya , for reader's information , kaki tu kan aurat so .. Budak sekolah aku pakai kasut and stokin merentasi air . Haaa . Hebat tak hebat . Dengan seluar baju uniform pun basah !

Andd .. Ketua pengawas sekolah , tidak buka kasut macam yang budak laki buat . Dia pakai kasut walaupun terpaksa redah banjir . Tu ja kott nak cerita . Aku daa tak larat . ;) kenyit mata sikitt :)

Wednesday 27 March 2013

Melukis ~

Assalamualaikum :))

Tengah hari yang tenang .. Terbau masakan mak cikku di dapur . Acehh . Aku teringin sangat nak belajar melukis ! Aku dah pandai sikit-sikti melukis kartun ala-ala anime . Tapi , memang banyak sangat-2 kelemahan . Antaranya ..
-badan kaku
-tak reti nak lukis tangan
-tak reti nak pelbagaikan reaksi muka
-tak reti nak buat gaya badan (kalo lukis jer mesti kartun tu berdiri tegak . Lepas tu dok bangga rasa macam lukis cantik habiss.)
-tak reti nak lukis baju berfesyen (kesian lukiasan aku . asyik-2 pakai t-shirt jaa .)
-tak reti nak lukis kaki , kasut (kalau lukis kaki mesti kaki ke kiri sebelah , ke kanan sebelah)
- kalau lukis pun , kat bahagian muka jerlah yang paling cantik. tu pun kawan-kawan dok puji melangit)

Lepas tu , hari ni ada impian nak melukis potret pulak dahh ! Bajet macam teror sangat ! Hermm .. Apa pendapat korg ? Ada tips untuk aku x ? Okey . Assalam ~

Monday 25 March 2013

Nickname yang pelbagai

Assalamualaikum ! Annyeong Haseyo , jeonun Syarifah inmida !!

Today .. No .. Tonight .. Aceihh . Starting BI gituh . Malam ni nak buat tajuk bebas ajerlah. Nanti ada masa aku nak tulis pasal my first love . Tapi , memang time darjah lima dia buat aku heartbreak la ! Tapi ann .. Banyak betul tapinya ... Aku tak nangis punn . Leks arr darjah lima ja punn . Cinta baby monkey katakan. Weh , nak cerita fasal apa ni ? Asyik-asyik aku tulis pasal love story aku ja *yangtakberapanaklovesangatla! Nak juga tulis pasal kawan-kawan .. Korang suka aku tulis pasal apa ? Kak Rabi'atul nak cerita pasal apa ? azzelo hang nak cita apa ? Kenapa nama mereka dimention ? Sebab diorang selalu komen kat blog aku . Terharuu ! Kak Rabi'atul kiter nak panggil akak apa ? Akak ke ? Atau Rabi'atul? Atau raby ? Kiter tak tahu .

Hermm .. Okey , idea dah ada . Aku tulis pasal nickname kawan-kawan aku yang unik k.

Nur Nishrin : Nicin , Hamster , Marshamelo  (Marshmelo sebab pipi dia lembut sangat ! Hamster sebab dia tembam dan comel macam hamster.

Ammar : Cekodok (yang ni satu kelas panggil dia . Sebab muka dia bulat dan dia gelap sikit. Selalu buat lawak dalam kelas.

Adreanna : Dek Na , Adrean , Adenna , (Adrean dan adenna tu aku yang bagi . Kadang-kadang aku panggil dia putera adrean.

Kholimi Choo (mr limited edition) : Mi Choo , Choo , Lee Chong Wei (Chong Wei tu sebab dia pandai main badminton dan dia muslim yang ada kacukan cina.)

Khairina Dayini : Dai , Dynamo , (Simple kan nama dai tu ? Bila tengok iklan dynamo terus teringat dia.)

Irfan : Ipan , Doraemon , Camel ( Doraemon tu sebab dia chubby yang cute ! Camel tu sebab ayah dia nama  Kamal . Kesian kan ? )

Nazief : Banjo , Itik Moscovy ( Banjo sebab kepala dia tu renjong sikit . Tapi dia hensemlaa . Dia la yang di antara hensem dalam kelas . Itik Moscovy pula sebab dia selalu sebut nama itik tu lepas kami belajar pasal itik tu)

Emilyana : Emi , Emilandak (Emilandak tu dayini yang bagi. Entah mengapa.)

Azzahra : Azzelo , Zelo (Minat gila dia kat Zelo B.A.P)

Muazzim : Antenna (Telinga dia capang . Cikgu Maths selalu kata dia tu macam CCTV yang ada antenna.)

Warhh . Banyak betul kawan aku nak cita ni. Dah pukul 12 19 malam pun. Perasan tak ramai kawan aku yang nickname diorang nama makanan? Haha. Okey , Assalamualaikum .


Friday 22 March 2013

Baju apa nak pakai ni ?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari Sabtu. Esok kenduri sepupu aku. Aku panggil di KAK JAJA. Tema kaler biru. My feveret ! Tapi, baju kurung biru aku polkadot tu dah terkoyak! Cemana ni? Bila nak beli hari , macam dah sibuk sangat. Yalah , sedara dari Johor tidur rumah aku. Aku dah angan-angan nak beli baju kurung moden. Ya lah , dalam koleksi baju kurung (macam la banyak sangat) aku tak de satu pun baju kurung moden! Aku teringin sangat nak pakai baju km.(kurung moden.) Last-2 aku dapat idea , kalau dah payah sangat nak beli , aku pakai jubah hitam yang mak aku beli kat Mekah tahun lepas. Okey la kan? Mula-2 aku macam sedih pun ada sebab hajat nak beli baju km x t'capai. Tapi , mungkin bukan jodoh aku dengan baju km. Heheh. Okey ark , kalau jubah hitam + selendang/tudung bawal + sneakers ? Hahah . Aku tak main la high heels. Tak reti eden nak pakai !

Tahun lepas punya high heels yang tak berapa nak high kan , dah tercabut . Baru dua hari raya pakai dah tercabut. Mesti orang yang buat ni buat cpt-2 sebab nak raya. Eh , mak ayah aku ajak p Kedai Peace nak beli baju ! Nak ke dak ? Jom kita ushar baju kat butik jom!

Friday 15 March 2013

FRIENDSHIPS :)

ASSALAMUALAIKUM :)

Malam ni aku nak ceritakan tentang persahabatan. Bila aku pergi sekolah menengah aku rasa nak cepat balik dan malas nak pergi sekolah. Aku fikir juga kenapa ? Sekolah rendah aku jadi tak sabar-2 nak pergi sekolah. Bila cuti sekolah , kdg-2 x sabar sekolah nak mula. Bila sekolah menengah rasa macam selamanya nak cuti. Dan .. aku rasa aku dah dapat jawapan. Salah satu sebabnya ialah kawan.



Time ni semua nampak blur sangat sebab rasanya gambar ni time awal tahun.
Aku sayang depa sangat :) Nama budak ni kat gambar ni ialah .. Syarifah (aku) , Anis , datin (aisyah) , ecah (aisyah), aten , hani , athirah , dini , Izzah , Ikan sardin (okey tak baik kata kat orang. nama sebenar : faris) adlan , yazid , afifah , najwa, mirna, nazief , irfan , aidi , syahmi , afif , emi , cekodok (ammar) , kholimi (mr sepet) wan h dan wan a , amir , alya , dek na , nicin , shiro , azzahra , nadia , dayah . Wah ramainya aku nak tuleh . Tak larat nak ngingatnya.

Kami budak perempuan dengan koreanya . Pada awal tahun , peminat kpop hanya terdri drpd beberapa orang saja. Boleh dikatakan 1% maybe . Oh , aku sangat tak tahu cemna nak buat anggaran. Apasal ayat skema sangat nih ? Haha. Akhir tahun , ermm... daripada semua budak perempuan maybe enam tujuh orang jer yang tak minat. Yang lain ... Dah terpengaruh ! Dengan ketua pengawas sekali kami angkut masuk geng. Well , nanti tak angkut sekali dia pi report kat cikgu pulak. Habis la , sikit sikit Donghae , sat-2 kyuhyun sat-2 myungsoo , nanti pulak Soohyun . Apa apa jer la kpop semua budak perempuan 6A punya hal .

Yang budak lelaki pula .. Bola tak habis-2. Ni cerita lepas UPSR , Belakang kelas dibuatnya padang. Sorang jadi keeper sorang jadi penendang bola . Sat-sat terjatuh belah kiri . Sat slide ke bawah . Macam-macam la. Yang pasti mesti ada gaya punya. Yang tukang tendang tu pulak tendang punya la kuat. Tapi pakai kertas yang digumpal dan disalotapekan. Sejak bila cikgu bm ajaq ada disalotapekan ni ? Kadang-kadang tu nampak bergaya betul budak laki kelas aku ni. Kawan aku kata , budak laki kelas kami ni special . Sebab depa tak macam budak lelaki kelas lain yang couple-2 . Depa tak gatai . Cuma bersembang dengan budak perempuan tu normallah time sekolah rendah kan ?

Ada moments yang aku ingat ialah .. Dompet Shiro (Syaheerah) terkeluar dari tingkap dan tersangkut dekat bumbung. Kebetulan salah satu cermin tingkap kelas kami tak dak so , ada la ruang untuk kami keluar dari tingkap. For information , kelas kami tingkat tiga ~! Time tu yang aku ingat ada Shiro , aku , hani , afif. Time tu dah habis waktu PNP. Sat pakai penyapu , sat pakai penyodok , sat pakai mop la . Tak berjaya-jaya. Kawan aku Athirah yang tinggi try keluar dari tingkap . Tapi tak berjaya sebab tak sampai. Try pulak afif . Pun tak berjaya sebab kena keluar sikit lagi baru dapat. Last Kholimi , (my hero!) hahaha. Hero la sangat. Dia beranikan diri sikit , keluar sikit lagi . Kaki dah atas bumbung sekolah. Kawan aku yang ada kat tingkat paling bawah sekali pun duk tengok dari bawah. Kami yang budak pompuan ni pun dah terjerit jerit.

"Wei , Kholimi bahaya la!"
"Baik-baik kholimi."
Berjaya! 

Alhamdulillah :)

Banya cerita lagi ni . Tapi jari aku dah penat bersenam atas keyboard . Nanti ada sambungan okey :)



Saturday 9 March 2013

Masalah ..

Assalamualaikum.

Saya promote blog dalam KELAB BLOGGER dlm facebook. Dapat banyak respon. So , saya nak la follow diorang balik. Tapi tak boleh ! Bila saya klik follow button , jadi macam ni ...


Dia kata ada masalah dengan ID kot . Entah la saya pun tak faham . Anybody can help me ? Kalau korang tolong saya follow korang . :)

Friday 8 March 2013

Drama Korea Best (yang aku pernah tengok)


ASSLAMUALAIKUM . (pembuka bicara)

Selamat Tengah hari Bloggers. Dah makan? Kalau belum bolehlah makan sambil baca entri ni . Eh , kawan korang tak pernah cerita ke pasal drama korea? Drama korea ni best ! Dan .. Mesti ada yang memang peminat drama korea tengah baca entri ni. Ada takk ? Kalau ada leh arr komen :) Setakat semua drama yang aku pernah tengok, semua best ! Cuma yang kureng tu sebab sedih :') Tapi sedih2 pun best larr ! Nak tau tak drama apa ? Check it outt !












Boys Over Flowers

Mengisahkan Geum Jandi anak kepada pemilik kedai dobi dan  tiba-tiba  dia menjadi  pelajar sekolah elit a.k.a sekolah orang kaya. Kumpulan F4 (empat lelaki kat gambar) merupakan kumpulan yang popular. Goo Junpyo , (curly hair kat gambar a.k.a no 2 dari kiri a.k.a paling hensem kat situ) merupakan pewaris syarikat SHINHWA . Ada , supermarket , high school , college semua shinhwa punya. Goo Junpyo merupakan ketua F4. Mereka semua belajar di SHINHWA COLLEGE.  Semua pelajar menghormati F4 kecuali Jandi . Sikap Jandi yang tidak menghormati group itu menarik perhatian Junpyo. Tengok yaa . Serius best !



    

He's Beautiful / You're Beautiful

Seorang lelaki ingin menjadikan Go Mi Nam sebagai ahli baru kumpulan A.N. Jell . Tetapi Go Mi Nam berada di luar negara. Oleh itu , Go Mi Nyuh (heroin) telah diminta untuk mengganti abangnya. Pada mulanya dia ingin menolak tetapi manager Ma memberitahu yang dia boleh mencari ibunya yang hilang dengan menjadi popular. Hwang Taekyung , (hero) tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam (go mi nyuh) . Tambah lagi setelah dia mengetahui Go Mi Nam itu perempuan , dia ingin bocorkan rahsia. Tetapi ada insiden yang membuatkan hasratnya terhalang dan Dia melindungi Go Mi Nam drpd d'ketahui org ramai rahsianya.




TO THE BEAUTIFUL YOU




Mengisahkan Goo Jae Hee yang tinggal di negara Barat dan amat mengagumi Kang Tae Joon atlit lompat Tinggi Korea. Tetapi , sesuatu telah membuatkan Kang Tae Joon tidak boleh melompat lagi. Goo Jae Hee mengambil keputusan untuk memotong rambutnya dan mendaftarkan diri ke sekolah Kang Tae Joon iaitu sekolah lelaki. Dia berlakon menjadi lelaki dan telah mendapat sebilik dengan Tae Joon.Tae Joon tidak senang akan kehadiran Jae Hee malah menghalau Jae Hee dari biliknya kerana dia tidak suka berkongsi bilik .

Dear bloggers , cerita ni memang terbaik . First time aku jumpa watak jahat perempuan yang tak jahat sangat. Tak kejam mana . Tapi agak menyakitkan hati . Serius best !! Tengoklah cara Jae Hee nak berkawan dengan Tae Joon. Oh , ya cerita ni adaptasi drama Jepun , Hana Kimi. Ada org kata Hana Kimi best lagi . Sebab lawak . Tapi , drama korea artis dia lagi handsome la.

Love Rain





Mengisahkan Jung Ha Na yang bertemu dengan Seo Joon di Jepun. Sejak itu mereka sering bertemu dan bergaduh. Pada mulanya , Joon sangat tidak menyukai Ha Na. Begitu juga Ha Na. Mereka pernah bilik bersebelahan yang hanya berdindingkan rak buku. Joon sering mengintip Ha Na. Joon meluahkan rasa sukanya pada Ha Na. Ha Na juga menyukai Joon tetapi dan mereka menjadi sepasang kekasih , tak lama selepas itu , setelah mengetahui yang ibu Ha Na merupakan cinta pertama ayahnya dan penyebab penceraian ayahnya dan ibunya Joon meninggalkan Ha Na. Ha Na sangat sedih dan setia menunggu Joon. 

Ni best jugak tapi geram la dgn Joon tu. EGO !

Nak tengok kat mana ? Tengok dekat ..sini Ada lagi drama yang best , tapi tak sempat nak tulis banyak. Okey .. Nanti saya sambung yaa ! Kalau korang ada drama korea yang best , boleh la suggest dekat komen. Boleh saya tengok. :) Apa pendapat korang ? Nak tengok tak ? Menarik tak ? Komen !! Kalau tak minat pun komen ! 



Drama Korea ? Nak tengok kat mane ni ...

Aku nak tengok Cerita Panda and the Hedgehog. Tapi kat Gooddrama lambat sangat ! Lepas tu dok buat pening plak . Lagi laa . Lpas tu bukak Kimchi Drama dia kata "Sorry, bla bla bla" Ishh . Nak tengok  kat mana ni ? Ada cadangan ? Yang senang , mudah , dan cepat :) Macam McDonald Drivethru. Kekeke~ Merepek pulak dah. Any suggestion ? Alang-2 tu kat ne leh download video free ya ? Makasihh :)

Wednesday 6 March 2013

Koperasi Dan Persatuan Bomba

Assalamualaikum .

Kenapa tajuk ni dipilih ? Aku pun tak tahu . Okey , tajuk ni asing asing ya.

KOPERASI SEKOLAH

Koperasi sekolah aku selalu crowded! Kakak tukang jaga tu pun cute ! Cute plus montel . Dan ni nak cercita sikit bile koperasi dah terlalu crowded.

Budak perempuan tingkatan satu a.k.a kawan aku kelas lain dia tengah pilih air dan koperasi time tu tengah sesak kan . Macam tin sardin katanya. Dia dengan kawan dia saja perempuan yang tengah pilih air dekat peti ais tu . Belakang semua lelaki . Bila dia nak pergi bayar , dia nak redah ke ? Mana boleh ! Haram . Sekolah agama pulakk . Then dia cakap macam ni , "Woi , tepi sikit aku nak lalu!!" Then ada sorang senior laki ni kata , "Wei , sekolah irshad bukan macam ni !" yalah , perempuan mana boleh jerit kan ? Tapi takkan dia nak redah pulak .

Cerita kedua , semua tengah sesak sebab nak bayar barang yang diorang beli dekat kaunter . Sekali seorang laki ni cakap , "Wei sekolah irshad yang aku kenal bukan macam ni !" maksud dia ialah , sekolah agama patut ... bersopan santun? Ni , dok main tolak ja ! Oh kiranya definisi sekolah agama ialah pelajar yang bertatasusila . Macam tuu ?

Cerita ketiga , kaunter lelaki dengan kaunter perempuan kan asing . So , dekat dengan kaunter lelaki tu ada radio . Tengah sesak , bising dalam koperasi tu tetiba radio tu bunyi kuat ! Kakak montel tu jerit "Woi , sapa pulak yang bukak radio nii !!!" dah la kakak tu cute .

KELAB BOMBA

tiga senior yang paling handsome bagi aku iaitu , senior fairuz, senior fikri dengan senior badrul . Yang aku tak puas hatinya , kenapa semua persatuan bomba ?! Aku PBSM ! Mungkin Persatuan Bomba tu patut tukar nama jadi , "persatuan lelaki lekaki kacak" sama la dengan pertahanan awam . Semua lelaki hensem-2 . Haishh . Bomba pun semua hensem . Tak pa la . Kenapa aku pikir pasal lelaki pulak nii ? Yarghhh !!!!!!!!!!  Jangan ingat aku gatai pulak naaa .

BYE , ASSALAMUALAIKUM .

Sunday 24 February 2013

Dahsyatnya hari kiamat.

Asslamualaikum , saudari dan saudara sekalian .

Saya tak pandai berkata-kata indah , hanya ayat biasa buat peringatan. Saya baca satu blog ni , berkaitan hari kiamat . Sesungguhnya , hari kiamat itu Maha Dahsyat .  Saya yang membaca ini pun , sudah takut . Mengingatkan dosa yang saya lakukan . Saya harap lepas korang baca entri ni , korang mohon keampunan daripadaNYA . Sebelum terlambat :) Wallahualam . Betul atau tidak , info ini tapi segeralah memohon keampunan NYA .

Klik sini

Saturday 23 February 2013

Lain daripada yang lain

Assalamualaikum . Annyeong haseyo !

Saya kan baru masuk tingkatan satu , so banyaklah kawan baru.  Yang budak kelas saya tu cam bengong pun ada. Perangan macam budak-budak. Yang paling geram tu, ada sorang budak laki ni, nama Wafi . Asyik-2 cakap b*b* . Tak habis-2. Yang sorang lagi ni, nama Aiman . Suka sangat tidur dalam kelas. Pagi, tengah hari , waktu nak balik asyik-asyik tidur. Ziyad pulak suka sangat gelak dan selalu tak serius. Kawan perempuan pulak, ada yang annoying. Ada yang baik, tapi saya dah fedap dengan dia sebab dia selalu macam bila saya nak tengok karangan, atau hasil kerja dia, mesti dia kata "Mana boleh tengok.." dengan lembut la kaan.

Tetapi kan, ada seorang ni yang paling unik! Bukan lah unik sampai Tahap mana tapi dia lain dari laki yang lain . Bukan bermakna saya suka, tapi dia memang lain dari lain . Muka dia biasa, tak sekacak mana. Lelaki selalu bising kan ? Tapi dia tak ! Time cikgu tak ada dalam kelas, budak laki lain duk sembanglah. Bergelak tawa. Tapi, dia duk buat kerja sekolah dengan tekunnya. Sampai kawan-2 dia describe dia seorang yang terlebih buat kerja sekolah. Dan .. Dalam peringkat umur tingkatan satu ni , ada ka budak laki pandai menjahit ? Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Dia pandai menjahit !!! Aku pun cam .. Wushh . Daebak ! (hebat) Sekarang kan zaman PBS , so time BM hari tu cikgu tunjuk la satu video berkaitan dengan pengorbanan seorang ibu .

Video yang selalu penceramah tunjuk dekat candidates UPSR . Perempuan lebih kurang enam orang menangis. Yang lelaki , dia sorang ja menangis ! Aku cam .. Hah ?! Sweet ! :p Anyway, tu perangai yang aku kenal . Yang aku tak kenal ? Belum tahu ... K , Asslamualaikum !

Saturday 16 February 2013

Minho's partner (Please ! Need ur respond for this)

Asslamualaikum !

Haa . Anda terperangkap ! Aceihh . Ayat skema gituhh. Okey ! Sbenarnya PUTERI nak tengok undian. PUTERI minat dekat Sulli FX .. Tambah lagi bila dia berlakon dalam drama TO THE BEAUTIFUL YOU. Dengan Minho SHINee . Tapi kann .. Ada pulak  yang gandingkan choi minho dengan Yuri SNSD . Tu yang tak puas hati tuu ! Lagi geram bila tengok Yuri ngan Minho menari sama-2 dalam SBS drama awards !  tarian jazz kot nama dia.  Cer tengok diorang nari kat sini .  Lepas tu Minho dan Sulli dalam To The Beautiful You , sweet sgt. Kalau korang malas nak tengok drma dia , tengok momments diorang pun oke la kat MinSul Momment . K , I'll post some pictures , and you'll decide !

MINHO + YURI (MINYUL)

Cium tipu je ni . Meluat aku -,-'


MINHO+ SULLI (MINSUL) MY FAVOURITE !



Ni dalam drama .



Acehh . Gambar depa la banyak . K , I need your respond . Tak minat kpop pun, berdasarkan gmbr pun boleh komen kann ?





Friday 15 February 2013

Sweet 13

Asslamualaikum dan salam sejahtera ..

Macam pembaca berita tauu. Okeyhh . Tau takk nama saya? Kalau dah tau , tak pe lah. Tapi , nak perkenalkan diri dalam blog ni sebagai nama PUTERI. Memangla dari nama sebenar , tak de langsung kaitannya. Tapi , ni boleh dikatakan nama pena jugaklah . Oke !

Mula-mula tak ada idea nak tulis, tapi .. Oh yeah . Today is my birthday ^^  Hari ni Puteri bangun awal sebab tak iron baju lagi. So , 5:30 pagi dah bangun. Bila aku bangun , tgk ayah aku baru habis keluar dari tandas. Ayah aku nampak aku , then ayah aku tak ucap besday pun ! Hayoo.. Manyak sedih jugak la. Lepas tu bila aku kata "Abah hari ni besday adik." baru la ayah aku ingat. Oppss .. Nak hantar angah Puteri pergi Penang Central la . Kbyee . Asslamualaikum .

Monday 11 February 2013

Orang yang kita sayang tak semestinya orang yang dah lama kita kenal, kadang kadang semalam baru kenal pun hari ni dah jatuh cinta dgn dia. :)