Sunday 14 April 2013

Pengalaman banjir kat sekolah

Assalamualaikum :)

Dah lama aku tak tulis blog . Tapi tak sampai sebulan rasanya. Aku ada benda nak cerita, tapi cerita tu panjang sangat kalau nak tulis . Kena ada masa yang sesuai. Dah la hari ni hari Ahad, aku nak prepare untuk sekolah esok . Kerja sekolah pun belum siap . So .. Tajuk yang sesuai ialah Banjir di sekolah .

Semua ni berlaku selepas sembahyang zuhur kat sekolah. Kebetulan hari tu ada koko , so aku ngan Ad pergi  la kantin. Bila dah habes makan, laluan yang kami nak pi kelas tu air bertakung. Longkang penuh . So , kami ingat nak redah hujan tapi Ad kata tengah kilat . Kami lalu kelas Form 3 . Jauh jugak la.

Cehh , kononnya tak kena air ler tu . Then , kamu lalu la longkang kecik untuk ke kelas . Mula-mula tengok longkang penuh air tapi boleh lalu lagi. Sekali longkang kecik terakhir tu dah jadi lopak air besar . Aku lompat ! Kena jugakk =,=

Acehh , lega la tu air kena sikit ja . Jalan sikit lagi , haaa . Aku pelik kenapa budak laki bukak kasut ni ? Kritikal sangat ke ? Rupanya air atas buku lali . Aku masuk kelas , tengok budak laki dok syok main ayaq . Buat percik-2 sudaa . Kelas kami pun banjir tapi tak sampai buku lali pun .

Tunggu punya tunggu , air tak surut . kawan aku kata jom balik takkan la nak tunggu . Lama kott . Katanyaa . Aku pun buat-buat macam sokong padahal aku tak mau balik . Sebab ini pengalaman ! Seronok la main ayaq . Lepas tu ada orang kata senior a.k.a pengawas kata tak boleh balik lagi . Aku dengan kawan aku pergi ronda-ronda main air la ! Ada satu part tu dekat dengan makmal chemistry air dia tinggi sikit daripada tadi . Syokk !! Tetiba .. SPLAH !  Budak laki bekejaran air terpercik kat aku dan Ad sampai ke tudung . Oh ya , for reader's information , kaki tu kan aurat so .. Budak sekolah aku pakai kasut and stokin merentasi air . Haaa . Hebat tak hebat . Dengan seluar baju uniform pun basah !

Andd .. Ketua pengawas sekolah , tidak buka kasut macam yang budak laki buat . Dia pakai kasut walaupun terpaksa redah banjir . Tu ja kott nak cerita . Aku daa tak larat . ;) kenyit mata sikitt :)

1 comment:

  1. pengalaman yang tidak dijual dimana2 :) heee ! terbaik lah .

    ReplyDelete