Friday, 19 April 2013

Bila tak bekerjasama ! (Persembahan Action Song)

Assalamualaikum :)

Exam dah nak dekat tapi bole lagi aku dok on nuh ? Bulan lepas , bulan Bahasa Arab bulan ni bulan bahasa inggeris . So , untuk tingkatan satu cikgu suruh kami buat action song . Bila dengar tu , aku pun macam .. Hah ? Takkanlah sekolah agama nak suruh aku nari-nari cam time darjah tiga dulu ? Time tengah kiut miut dulu ? Oh , bukanlah . Kena nyanyi sambil buat action . Dipendekkan cerita , apa yang aku nak beritahu ialah ....
Aku tak suka budak laki kelas aku .. Budak lelaki kelas aku sangatlah tidak serius dan tak displin ! Tak terasa nak menang !

Ada pertengkaran . Yang tak puas hati gaya nak tunduk ada yang merajuk sebab tak terima idea dia la . Macam-macam . Then , kelas kami ada buat lakonan dalam action song tuh .. Madam J (Teacher Jamilah yang kiut) cerita la kat Sir Rosli pasal ni . Then , budak sir rosli pun buat lakonan jugakk . Kami satu kelas tak puas hati la ! Mana aci tiru kami . Then mulalah . Aku tak tau sapa tiru sapa . Kami buat bintang , depa pun ada bintang (props) Kami punya ada .. hermm .. Apa ntah . So , mulalah persaingan antara kami . Tu yang eden takut ni . Kalau kalah tak pa , masalahnya bila ada pesaing ni dari "kalah tak apa" boleh jadi "Mana boleh kalah!" . Action song kena buat action smbil jalan . Kami tak jalan puns !

Arghh ! Tapi unnie yang latih kami a.k.a bekas kelas 1 Ibnu Sina tahun lepas kata kelas lain pun tak jalan jugak . So , buat aku tennag sikit . Kawan aku kta , kelas AF , AZ dan AR dah bergaduh sebab lagu . Jadi , tak mau la kelas IS bergaduh dengan kelas IR . Bestkan IK tak b'gadoh . Apa-apa pun doakan aku okey untuk action song esok . Hah , wait . Cita pasal budak laki kelas aku , depa ni  madam suruh salin lirik tak mau . Lepas tu bila suruh nyanyi dah taktauu . Aku meluat betul laa !

Okey . Dahh . Esok aku bawa camera , aku post gambar kat blog k ? 

Assalamualaikum :*

Sunday, 14 April 2013

Pengalaman banjir kat sekolah

Assalamualaikum :)

Dah lama aku tak tulis blog . Tapi tak sampai sebulan rasanya. Aku ada benda nak cerita, tapi cerita tu panjang sangat kalau nak tulis . Kena ada masa yang sesuai. Dah la hari ni hari Ahad, aku nak prepare untuk sekolah esok . Kerja sekolah pun belum siap . So .. Tajuk yang sesuai ialah Banjir di sekolah .

Semua ni berlaku selepas sembahyang zuhur kat sekolah. Kebetulan hari tu ada koko , so aku ngan Ad pergi  la kantin. Bila dah habes makan, laluan yang kami nak pi kelas tu air bertakung. Longkang penuh . So , kami ingat nak redah hujan tapi Ad kata tengah kilat . Kami lalu kelas Form 3 . Jauh jugak la.

Cehh , kononnya tak kena air ler tu . Then , kamu lalu la longkang kecik untuk ke kelas . Mula-mula tengok longkang penuh air tapi boleh lalu lagi. Sekali longkang kecik terakhir tu dah jadi lopak air besar . Aku lompat ! Kena jugakk =,=

Acehh , lega la tu air kena sikit ja . Jalan sikit lagi , haaa . Aku pelik kenapa budak laki bukak kasut ni ? Kritikal sangat ke ? Rupanya air atas buku lali . Aku masuk kelas , tengok budak laki dok syok main ayaq . Buat percik-2 sudaa . Kelas kami pun banjir tapi tak sampai buku lali pun .

Tunggu punya tunggu , air tak surut . kawan aku kata jom balik takkan la nak tunggu . Lama kott . Katanyaa . Aku pun buat-buat macam sokong padahal aku tak mau balik . Sebab ini pengalaman ! Seronok la main ayaq . Lepas tu ada orang kata senior a.k.a pengawas kata tak boleh balik lagi . Aku dengan kawan aku pergi ronda-ronda main air la ! Ada satu part tu dekat dengan makmal chemistry air dia tinggi sikit daripada tadi . Syokk !! Tetiba .. SPLAH !  Budak laki bekejaran air terpercik kat aku dan Ad sampai ke tudung . Oh ya , for reader's information , kaki tu kan aurat so .. Budak sekolah aku pakai kasut and stokin merentasi air . Haaa . Hebat tak hebat . Dengan seluar baju uniform pun basah !

Andd .. Ketua pengawas sekolah , tidak buka kasut macam yang budak laki buat . Dia pakai kasut walaupun terpaksa redah banjir . Tu ja kott nak cerita . Aku daa tak larat . ;) kenyit mata sikitt :)

Wednesday, 27 March 2013

Melukis ~

Assalamualaikum :))

Tengah hari yang tenang .. Terbau masakan mak cikku di dapur . Acehh . Aku teringin sangat nak belajar melukis ! Aku dah pandai sikit-sikti melukis kartun ala-ala anime . Tapi , memang banyak sangat-2 kelemahan . Antaranya ..
-badan kaku
-tak reti nak lukis tangan
-tak reti nak pelbagaikan reaksi muka
-tak reti nak buat gaya badan (kalo lukis jer mesti kartun tu berdiri tegak . Lepas tu dok bangga rasa macam lukis cantik habiss.)
-tak reti nak lukis baju berfesyen (kesian lukiasan aku . asyik-2 pakai t-shirt jaa .)
-tak reti nak lukis kaki , kasut (kalau lukis kaki mesti kaki ke kiri sebelah , ke kanan sebelah)
- kalau lukis pun , kat bahagian muka jerlah yang paling cantik. tu pun kawan-kawan dok puji melangit)

Lepas tu , hari ni ada impian nak melukis potret pulak dahh ! Bajet macam teror sangat ! Hermm .. Apa pendapat korg ? Ada tips untuk aku x ? Okey . Assalam ~

Monday, 25 March 2013

Nickname yang pelbagai

Assalamualaikum ! Annyeong Haseyo , jeonun Syarifah inmida !!

Today .. No .. Tonight .. Aceihh . Starting BI gituh . Malam ni nak buat tajuk bebas ajerlah. Nanti ada masa aku nak tulis pasal my first love . Tapi , memang time darjah lima dia buat aku heartbreak la ! Tapi ann .. Banyak betul tapinya ... Aku tak nangis punn . Leks arr darjah lima ja punn . Cinta baby monkey katakan. Weh , nak cerita fasal apa ni ? Asyik-asyik aku tulis pasal love story aku ja *yangtakberapanaklovesangatla! Nak juga tulis pasal kawan-kawan .. Korang suka aku tulis pasal apa ? Kak Rabi'atul nak cerita pasal apa ? azzelo hang nak cita apa ? Kenapa nama mereka dimention ? Sebab diorang selalu komen kat blog aku . Terharuu ! Kak Rabi'atul kiter nak panggil akak apa ? Akak ke ? Atau Rabi'atul? Atau raby ? Kiter tak tahu .

Hermm .. Okey , idea dah ada . Aku tulis pasal nickname kawan-kawan aku yang unik k.

Nur Nishrin : Nicin , Hamster , Marshamelo  (Marshmelo sebab pipi dia lembut sangat ! Hamster sebab dia tembam dan comel macam hamster.

Ammar : Cekodok (yang ni satu kelas panggil dia . Sebab muka dia bulat dan dia gelap sikit. Selalu buat lawak dalam kelas.

Adreanna : Dek Na , Adrean , Adenna , (Adrean dan adenna tu aku yang bagi . Kadang-kadang aku panggil dia putera adrean.

Kholimi Choo (mr limited edition) : Mi Choo , Choo , Lee Chong Wei (Chong Wei tu sebab dia pandai main badminton dan dia muslim yang ada kacukan cina.)

Khairina Dayini : Dai , Dynamo , (Simple kan nama dai tu ? Bila tengok iklan dynamo terus teringat dia.)

Irfan : Ipan , Doraemon , Camel ( Doraemon tu sebab dia chubby yang cute ! Camel tu sebab ayah dia nama  Kamal . Kesian kan ? )

Nazief : Banjo , Itik Moscovy ( Banjo sebab kepala dia tu renjong sikit . Tapi dia hensemlaa . Dia la yang di antara hensem dalam kelas . Itik Moscovy pula sebab dia selalu sebut nama itik tu lepas kami belajar pasal itik tu)

Emilyana : Emi , Emilandak (Emilandak tu dayini yang bagi. Entah mengapa.)

Azzahra : Azzelo , Zelo (Minat gila dia kat Zelo B.A.P)

Muazzim : Antenna (Telinga dia capang . Cikgu Maths selalu kata dia tu macam CCTV yang ada antenna.)

Warhh . Banyak betul kawan aku nak cita ni. Dah pukul 12 19 malam pun. Perasan tak ramai kawan aku yang nickname diorang nama makanan? Haha. Okey , Assalamualaikum .


Friday, 22 March 2013

Baju apa nak pakai ni ?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari Sabtu. Esok kenduri sepupu aku. Aku panggil di KAK JAJA. Tema kaler biru. My feveret ! Tapi, baju kurung biru aku polkadot tu dah terkoyak! Cemana ni? Bila nak beli hari , macam dah sibuk sangat. Yalah , sedara dari Johor tidur rumah aku. Aku dah angan-angan nak beli baju kurung moden. Ya lah , dalam koleksi baju kurung (macam la banyak sangat) aku tak de satu pun baju kurung moden! Aku teringin sangat nak pakai baju km.(kurung moden.) Last-2 aku dapat idea , kalau dah payah sangat nak beli , aku pakai jubah hitam yang mak aku beli kat Mekah tahun lepas. Okey la kan? Mula-2 aku macam sedih pun ada sebab hajat nak beli baju km x t'capai. Tapi , mungkin bukan jodoh aku dengan baju km. Heheh. Okey ark , kalau jubah hitam + selendang/tudung bawal + sneakers ? Hahah . Aku tak main la high heels. Tak reti eden nak pakai !

Tahun lepas punya high heels yang tak berapa nak high kan , dah tercabut . Baru dua hari raya pakai dah tercabut. Mesti orang yang buat ni buat cpt-2 sebab nak raya. Eh , mak ayah aku ajak p Kedai Peace nak beli baju ! Nak ke dak ? Jom kita ushar baju kat butik jom!

Friday, 15 March 2013

FRIENDSHIPS :)

ASSALAMUALAIKUM :)

Malam ni aku nak ceritakan tentang persahabatan. Bila aku pergi sekolah menengah aku rasa nak cepat balik dan malas nak pergi sekolah. Aku fikir juga kenapa ? Sekolah rendah aku jadi tak sabar-2 nak pergi sekolah. Bila cuti sekolah , kdg-2 x sabar sekolah nak mula. Bila sekolah menengah rasa macam selamanya nak cuti. Dan .. aku rasa aku dah dapat jawapan. Salah satu sebabnya ialah kawan.



Time ni semua nampak blur sangat sebab rasanya gambar ni time awal tahun.
Aku sayang depa sangat :) Nama budak ni kat gambar ni ialah .. Syarifah (aku) , Anis , datin (aisyah) , ecah (aisyah), aten , hani , athirah , dini , Izzah , Ikan sardin (okey tak baik kata kat orang. nama sebenar : faris) adlan , yazid , afifah , najwa, mirna, nazief , irfan , aidi , syahmi , afif , emi , cekodok (ammar) , kholimi (mr sepet) wan h dan wan a , amir , alya , dek na , nicin , shiro , azzahra , nadia , dayah . Wah ramainya aku nak tuleh . Tak larat nak ngingatnya.

Kami budak perempuan dengan koreanya . Pada awal tahun , peminat kpop hanya terdri drpd beberapa orang saja. Boleh dikatakan 1% maybe . Oh , aku sangat tak tahu cemna nak buat anggaran. Apasal ayat skema sangat nih ? Haha. Akhir tahun , ermm... daripada semua budak perempuan maybe enam tujuh orang jer yang tak minat. Yang lain ... Dah terpengaruh ! Dengan ketua pengawas sekali kami angkut masuk geng. Well , nanti tak angkut sekali dia pi report kat cikgu pulak. Habis la , sikit sikit Donghae , sat-2 kyuhyun sat-2 myungsoo , nanti pulak Soohyun . Apa apa jer la kpop semua budak perempuan 6A punya hal .

Yang budak lelaki pula .. Bola tak habis-2. Ni cerita lepas UPSR , Belakang kelas dibuatnya padang. Sorang jadi keeper sorang jadi penendang bola . Sat-sat terjatuh belah kiri . Sat slide ke bawah . Macam-macam la. Yang pasti mesti ada gaya punya. Yang tukang tendang tu pulak tendang punya la kuat. Tapi pakai kertas yang digumpal dan disalotapekan. Sejak bila cikgu bm ajaq ada disalotapekan ni ? Kadang-kadang tu nampak bergaya betul budak laki kelas aku ni. Kawan aku kata , budak laki kelas kami ni special . Sebab depa tak macam budak lelaki kelas lain yang couple-2 . Depa tak gatai . Cuma bersembang dengan budak perempuan tu normallah time sekolah rendah kan ?

Ada moments yang aku ingat ialah .. Dompet Shiro (Syaheerah) terkeluar dari tingkap dan tersangkut dekat bumbung. Kebetulan salah satu cermin tingkap kelas kami tak dak so , ada la ruang untuk kami keluar dari tingkap. For information , kelas kami tingkat tiga ~! Time tu yang aku ingat ada Shiro , aku , hani , afif. Time tu dah habis waktu PNP. Sat pakai penyapu , sat pakai penyodok , sat pakai mop la . Tak berjaya-jaya. Kawan aku Athirah yang tinggi try keluar dari tingkap . Tapi tak berjaya sebab tak sampai. Try pulak afif . Pun tak berjaya sebab kena keluar sikit lagi baru dapat. Last Kholimi , (my hero!) hahaha. Hero la sangat. Dia beranikan diri sikit , keluar sikit lagi . Kaki dah atas bumbung sekolah. Kawan aku yang ada kat tingkat paling bawah sekali pun duk tengok dari bawah. Kami yang budak pompuan ni pun dah terjerit jerit.

"Wei , Kholimi bahaya la!"
"Baik-baik kholimi."
Berjaya! 

Alhamdulillah :)

Banya cerita lagi ni . Tapi jari aku dah penat bersenam atas keyboard . Nanti ada sambungan okey :)



Saturday, 9 March 2013

Masalah ..

Assalamualaikum.

Saya promote blog dalam KELAB BLOGGER dlm facebook. Dapat banyak respon. So , saya nak la follow diorang balik. Tapi tak boleh ! Bila saya klik follow button , jadi macam ni ...


Dia kata ada masalah dengan ID kot . Entah la saya pun tak faham . Anybody can help me ? Kalau korang tolong saya follow korang . :)